Wednesday, September 07, 2005

..maafkan...

assalamualaikum...
Semalam..sesampai saja dirumah dan pastinya dalam kepenatan
yang teramat aku terus mendail hp 'dia'..panggilan bersambut..
sah! baru bangun tido laa tu..sambil berbaring dikatil kami berbual
dan aku beritau dia pasal blog aku yang kak meera buatkan.
Dia meminta detail blog tersebut kerana ingin melihat dan
membaca apa2 saja yg ada didalam blog itu nanti..dan aku berikan.

Malam tadi..dia bertugas ..macam biasa laa kalau tak kejang
urat perut tak sah!Tapi aku terlewat mengikutinya...aku
tertidur!! adehai ruginyer..sedar2 dah kul 10.30mlm..check hp
ader miscal dari ofis dia n msg.. maafkan aku..!
Aku reply msg dia dan dlm sibuk2 tu dia sempat balas..
katanya lapar dan mengantuk.. kesian dia..sabar laa..

Tamat tugasan dia call..kami berbual seketika dan aku memintanya
supaya makan dulu ..aku akan tunggu dia balik rumah dan menyambung
perbualan kami sebelum tidur..

Jam menghampiri ke pukul satu pagi..aku msg dia unt bertanyakan samada
dia dah sampai rumah ke belum..dia balas dan minta diberi masa 5 minit
untuk refresh..baru sampai katanya..hmm..okey!
Aku memberikannya masa lebih dari 5minit..kut..sebelum aku mendail...
..call waiting...aku off dan dail semula ..still waiting..hmm its ok..
mungkin dia sedang berbual dgn kwn2 dia kut..
Aku off hp for recharge..cadang tu unt beberapa ketika jer..
Nanti aku onkan balik..tapi.....

Tersedar..dah pukul 3.30pagi...masyaallah..aku terlelap! pantas hp
aku onkan..dan tertera di screen info miscal lebih 25kali dan juga
msgs yang buat aku menangis.. maafkan aku...maafkan...
Aku tersilap dan lalai..
nombornya ku dail..bersambut..suaranya begitu sedih..aku menangis
lagi..aku memohon maaf dan try to explain everythings..
Aku mengaku kesilapan ku dan bukan niatku untuk menyakitinya.
Aku rela dipanggang dgn api kemarahannya..aku yg bersalah..

Dia meminta aku jgn menangis lagi..dia faham dan memaafkan..
aduhai..aku benar2 rasa bersalah bila dia kata dia akan tetap tunggu
panggilan dari ku sedangkan dia amat memerlukan rehat dan tidur
yang cukup..kejamkan aku walaupun aku tak sengaja..?maafkan aku!
Dia meminta aku off sekejap,cuci muka,minum airpanas..dia tkmau
aku menangis terus2an..dan cal balik..aku turuti prmintaannya..

kami berbual lagi selepas tu walaupun aku memintanya untuk
tidur kerana dia akan bertugas siang nnti..dia kata dia takkan
biarkan aku dlm keadaan ini..dia mau aku tenang baru boleh tidur.
Dia juga menyatakan betapa dia teramat menyayangiku hinggakan
rela menanti ku walaupun aku sedang lena tika itu..alangkah..!!!

Hampir 5.30pagi..aku minta dia tidur sekali lagi dan dia kata okey..
Dengan lembut dia berkata:
"Qis...jangan buat macam ni lagi yaa..qis buat abang menangis tau..
abang sayangkan qis sangat2..dan abang akan tunggu qis.." aku
menangis lagi..
"Qis minta maaf bang..qis benar2 minta maaf.." tersedu ..
"tak per sayang..dah ..takmau nangis lagi..abang maafkan,jum
kita tidur.." aku senyum walaupun dia tk nampak..
Dia begitu pemaaf dan amat penyayang..aku bahagia dgn
kasihsayangnya..


Begitu lah...bila kesilapan kecil dan kelalaian boleh membawa
kelukaan dan kesedihan walaupun tanpa sengaja..dugaan kan!!


maafkan...
-qistina-








0 comments:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP