Saturday, September 10, 2005

Dunia Mu..

Rasa cinta,ajaib nikmatnya
Hanya nasib menentukan hidup
Nampak riang tetapi derita
Dunia ku....
Aku tahu indah alam maya
Merah hijau menhiasi bumi
langit biru tempat ku berlindung
Dunia ku....

Dimanakah dosa hamba
Mengapa begini..
Gelap gelita jadinya
Alam maya..
Ku hidup tidak berteman
mungkin selamanya
Keindahan itu bukan
milik daku...

Tiap detik ku duduk berdoa
Muga Esa mencurah kurnia
Hilang lenyap gelap yang menutup
Dunia ku....

...masih ingat lagu tu atau sebahagian yg ini?:

tidak ku pinta lahir kedunia
tidak ku duga cacat begini
bukan ku minta kasih dan manja
bukan ku rayu bantu simpati

dengarlah wahai teman
ku menumpang disudut dunia
mencari ketenangan
sampai waktu ku pergi jua...

....aku bersendirian disuatu sudut,melihat telatah kanak2 cumil
itu, tanpa segan silu dtg menghampiri sesiapa saja..memegang
tangan dan cuba untuk berkata2 dalam gayanya sendiri..tersenyum
dan memeluk sesiapa saja yg diingini dan ada juga yang begitu leka
dalam 'dunia'nya tersendiri,enggan bergaul dan amat pemalu..
Walaupun telah beberapa kali aku menghadiri acara seumpama ini,
namun aku tetap tidak dapat mengawal emosi ku..pilu hiba melihat
dan memikir 'apalah nasib mereka dimasa depan nanti'..
Mereka begitu 'naif! Jika dimarahi mereka akan tetap senyum,
disakiti..mereka akan menangis.. jika dilatih mereka akan menjadi
lebih baik dari mereka2 yang lengkap segalanya melainkan akal!!
Dengan keadaan fizikal yg serba kekurangan dan tingkahlaku yg
tidak dijangka, mudah saja mereka ini menjadi kebencian dan hinaan
dari mereka2 yg lebih utamakan kesempurnaan..
Pernah satu ketika dulu sewaktu aku dan mama hadir dalam satu majlis
formal unt mengutip derma tajaan persatuan yg mama terajui..ku lihat
seorang kanak2 istimewa tiba2 datang menghampiri seorang wanita
yang kelihatannya anggun..kanak2 ini menghulurkan kedua tangannya
seolah minta didakap..siap dgn senyum sengih kanak2 yg memangnya
jauh dari sempurna..malangnya dgn pandangan jijik wanita ini telah
menolak kanak2 ini dgn muka yg masam..siap bertanya dgn angkuh..
"isshh..anak saper ni..patutnya letak dirumah..sememeh!!..." begitu!!
kanak2 yg tak mengerti apa2 ini terus juga ingin memeluk wanita itu
sambil tersenyum dgn airliur yg meleleh dan mta yg berair dan ber##@#
Wanita itu terus menepis kanak2 tersebut dan berlalu kesatu sudut dgn
wajah yg menampakkan kebencian yg teramat...
Ku hampiri kanak2 tersebut..dia tersenyum memandang ku dan aku
hulurkan tangan..segera dia dtg dan memeluk ku..ku usap rambutnya..
bawa dia duduk dimeja kami.. Ahhh..insan..layakkah dipanggil insan
kiranya bersikap jauh dari sikap insaniah..apalah yg dapat difikir olih
kanak2 yg sebegitu..seharusnya sebagai insan yg normal kitalah yg
membimbing dan sayangi anak2 yg sebegini..usahlah dipinggirkan mereka
seolahnya mereka ini tidak layak untuk berada dikeliling kita..apalah dosa
mereka..mereka juga maknusia ciptaan allah..bukan kehendak mereka
dilahirkan sebegitu.. usahlah dipinggirkan dan dinafikan keujudan insan2
istimewa ini..
Ketahuilah..insan2 istimewa ini tidak punya dosa..mereka ini telah
diperuntukkan syurga di alam akhirat nanti..sayangilah mereka..
senyumlah pada mereka..sokonglah mereka..insyaallah..allah akan
tetap membalas segala sangkabaik kita terhadap insan2 istimewa
ini kerana sesungguhnya mereka ini memang amat istimewa..!!!


"memberi tidak semestinya dgn kebendaan..senyuman
juga adalah sedekah..."

-qistina-

0 comments:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP