Friday, December 02, 2005

Kisah Benar


Terasa bagaikan aku dalam tidur yg panjang,melewati waktu maya,menerobos keruang yang amat asing.Dimanakah ini.. Ku ikuti satu sorotan cahaya yg tiba2 muncul lalu membawa aku kesebuah rumah yang amat cantik,walaupun cuma rumah kayu.Salam ku beri dan bersambut..Alhamdulillah.Seorang gadis kecil bertudung litup tersenyum dan mengisyaratkan aku agar naik kerumah.
Melewati anak-anak tangga..aku seakan diiringi olih alunan ayat2 suci alQuran dari atas rumah.
Menjenguk kesatu ruang..kanak2 kecil lelaki dan perempuan sedang tekun mengaji mukaddam dan alQuran.Aku duduk bersimpuh,memerhati satu persatu wajah2 jernih yang amat mendamaikan..anak2 siapakah ini..cantiknyer mereka.
"Assalamualaikum..." satu suara terasa begitu hampir.. garau..
"Waalaikumsallam..." aku menjawab salam tanpa mengangkat pandangan,dia bukan muhrim ku. "waalaikumsallam, ustaz" serentak semua kanak2 itu menyambut salam lelaki yg dipanggil ustaz itu.Keaadaan sepi seketika..

Tiba-tiba...
"Bacalah..." aku agak terkejut bila senaskah alQuran dihulurkan pada ku dan tika menyambut huluran itu mata ku menangkap satu wajah yang sedang tersenyum padaku. Aku terpaku..jiwa ku bagaikan melayang entah kemana,debaran didada bagaikan ombak badai yang menghempas..aku begitu gementar,nafas yang ku hela terasa amat payah,terkaku aku...
Wajah itu..subhanallah! Wajah itu teramat indah,bercahaya dgn senyumannya yg amat mesra..
Amat tampan dalam pakaian serba putih bersih...
"Bacalah..."Sekali lagi aku di kejutkan.
Dengan lafadz 'bismillaahirrahmannirrahim' aku membuka lembaran alquran dan menatap surah pertama didalamnya..surah alfatihah..Selepas mengambil nafas yg dalam aku memulakan bacaan..tenang..lancar..tamat.Aku mengangkat pandangan dan melihat isyarat agar aku meneruskan bacaan ke surah seterusnya..sebaik saja aku tamatkan bacaan 'alif lam mim',dia memandu ku kesurah2 akhir..Aku melihat arah lembaran alquran itu diselak satu persatu dan sebaik sahaja dia menunjukkan ke satu surah...tiba-tiba..

"qis...qis.. bangun ..hei..naper tidur disejadah ni,sakit badan tu..bangun qis.."aku tersentak..
Segala2nya tiba2 hilang..Aku melihat mama sedang berada disisi ku yg terbaring disejadah dan masih dalam telekung.Aku merasa sebak tiba2..aku memeluk mama dan menangis..menangis semahu2nya seolah melepaskan segala rasa didada..Mama kehairanan dan bertanya..
"qis pergi mana tadi..." seolah memahami..
"qis tak tau maaa..rasanya tadi qis pergi jauh sangat," aku menangis lagi.
"istigfar qis..mengucap nak..dah jgn nangis..bangun cuci muka,sekejap lagi dah nak masuk subuh..solat dgn mama yaa.." Aku mengangguk..
"dah tenang nanti ceritakan pada mama yaa.." Aku mengangguk lagi..

Kemanakah aku telah dibawa..siapakah mereka semua..siapakah uztaz yang amat tampan dan
cantik itu,wajah dan senyumannya begitu indah,begitu mendamaikan..anak2 siapakah yang bersih dan comel2 serta berwajah berseri itu..
Selesai solat subuh aku mengambil naskah alquran dan menyelak kembali lembaran terakhir
yg diunjukkan pada ku olih ustaz itu,aku memejam mata..mengingati kembali segala yang kualami sebentar tadi,mencari titik mula kejadian....
Seingat aku,aku bersolat sunat tahajjud,istigkharah,taubat dan berzikir hingga aku terlena..
dan disitu bermula segalanya. Subhanallah...

Pada ustazah tempat aku mendalami tajwid alquran,ku ceritakan segalanya.Ustazah bertanya samaada aku mencatatkan atau tidak surah dan ayat yg ditunjukkan itu..aku kata tidak tapi aku amat mengenali surah tersebut kerana aku kerap membawanya dalam solat ku dan aku mmg menghafalnya sejak lama dulu. Ustazah menyarankan pada ku agar menjadikan surah itu sebagai wirid dan sentiasa dibaca dihati dandizikirkan dibibir serta mendalami ertinya..
Aku akur..Ustazah juga menyarankan pada kami murid2nya semua agar segera mencatatkan apa saja ayat2 alquran yg melintasi tidur kita untuk di analisa,sebaik saja kita terjaga..
Wallahuallam..

Sesungguhnya hanya Allah jua yg Maha Mengetahui atas segala kejadian yg berlaku..
Dia lah juga Allah yg Maha Besar..Maha Agung..

~itulah pengalaman indah dan mendebarkan yg pernah ku alami sedikit waktu dulu..sehingga kini wajah itu sentiasa diingatan..ahh..siapakah gerangannya dia..~

~qistina~

..If the lifeline is not severed,we'll have a chance to see tomorrow..


myspace

myspace graphics



6 comments:

Masy 2/12/05 2:17 PM  

salam laling..
mimpi yg baik, insyaallah boleh dijadikan panduan dlm hidup. ayat ape tu ek??teringin nk tau..

~pernah mimpi sesuatu yg kurang elok, tp x tahu apa ertinya smpi skrg..

Meera Melati 2/12/05 4:22 PM  

salam qis,
apa lah makna mimpi tu ek....

akak ni selalu mimpikan arwah kawan akak. Dia meninggal pada tahun 1992...

Anonymous 5/12/05 11:56 AM  

hai qis, i pun pernah mengalami mimpi yg sebegini...bila terjaga, jadi terpinga2 kerana cuba mengingati surah yg diberikan oleh seseorang di dalam mimpi saya tu...bukan saja cuba mengingati surah tersebut, tetapi juga wajah2 yang hadir di dalam mimipi saya tu, membuatkan saya seperti orang yang dilamun cinta yang sungguh mengasyikkan...

Wirawan Terulung 5/12/05 2:30 PM  

salamzz laling...
indah sungguh mimpi itu...
bukan semua owang akan bertuah sebegitu.....

lady 5/12/05 4:44 PM  

salamm lalingss,
begitulah yg diperkatakan olih ustazah saya,entahkan mimpi entahkan apa..hanya allah jua yg maha mengetahui..ayat apa?hmm..biarlah saya simpan soklan lalings tu ek..
thanks lalings..

~Maafkan saya..

=======================
salam akak..
mimpi yg sebegitu rasanya arwah perlukan doa kita..sedekahkanlah alfatihah..itu saja jalan terbaik agar rohnya aman disana..wallahuallam..
thanks akak..muahhss..
========================
salam Anon..,
sungguh benar..hanya mereka2 yg pernah mengalaminya saja yg tahu bagaimana rasa yg ada dlm jiwa tatkala tersedar dari mimpi yg sebegitu..
Thanks anon..

lady 5/12/05 4:49 PM  

salammm..
lalinggg...wcb..
dah puas bertapa di planet zargus tu ker..jiwa dah ok yer,really glad to see u here..
(naper tinggalkan kita...hehe)

..mimpi sebegitu umpama anugerah,bila tersedar hati rasa hiba teramat dan akhirnya menangis sepuas2nya..dan tangisan itu punya definasi yg tersendiri..alangkah...
Thanks laling jenguk kita..

~Syukur alhamdulillah..

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP