assalamualaikum...There may come in all our lives when we'r down in d dumps..for one reason or another n no one knows..when nobody seems to care..think..and think again..
Wednesday, October 31, 2007
Tuesday, October 23, 2007
selamat hari raya..
selamat hari raya aidilfitri
puasa enam dah buat ker..
dah ganti puasa yg teruzur ker..
rayer tu rayer jugak.. perut kena jugak jaga kan
~qiss~
..mohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap..
..seikhlasnyer ku beri maaf pada semua..
..mudah2an hidup kita sentiasa diberkati olihNYA..
..amiiinnn..
Posted by lady at 11:16 AM 7 comments
Saturday, September 29, 2007
hurt...
tiba2...
hatiku menjadi sekeras batu
jiwa ku luntur lebur
kotak fikiran ku enggan memikir...
aku merelakan segalanya..segala2nya.
titik NOKTAH yang kau cabar untuk ku titikkan
telah pun ku titikkan disini!
aku buang segala duka pedih sekuat jiwa
aku lontar segala rempuhan lara yg mendera
aku tahan airmata yg degil dari gugur berjuraian..
aku bulatkan tekad pada diri
aku tak mau lagi didera
aku tak mau lagi dihina
aku tak mau lagi dicacicerca
aku tak mau maruah ku dicabar
hanya kerana sebab yg cuma sedikit!!!
telah berulangkali kemaafan ku beri
telah berulangkali peluang kubukakan
telah terlalu banyak kesabaran ku dicabar
dan telahpun ku katakan dulu...
sekali lagi terjadi..aku undur diri..!
kini..
aku berlalu pergi..jauh..
tidak akan ku berpaling lagi
akan ku tetapkan langkah ku
terus melangkah..kedepan!
bukan mengundur kebelakang.
maafkan aku...
~qiss~
Posted by lady at 12:06 PM 14 comments
Sunday, September 09, 2007
payung
selama manakah kau mampu
payungi diriku..
dalam panas..dalam hujan..
selama manakah kau mampu
payungi hati ku
dalam susah..dalam senang
dalam ria..dalam duka..
atau kah nanti
aku akan berpayung sendirian
atau berhujan berpanas
tanpa payung...
~qiss~..payung iman..
Posted by lady at 9:08 AM 3 comments
Thursday, April 12, 2007
thank you..
Posted by lady at 12:31 PM 10 comments
Monday, April 09, 2007
Thursday, March 15, 2007
tidur..
Temani daku..
Dalam tidur yang panjang
lelah memikir
jenuh menanti
virus2 duka bertebaran
ingin ku pejamkan mata ini
membuang segala resah
mengamankan segala rasa
biarkan ku miliki
sedetik ketenangan jiwa
dalam lena ku ini
sampai aku terbangun sendiri
atau..takkan bangun lagi....
~qiss~..maafkan..
Posted by lady at 5:51 PM 4 comments