Friday, August 18, 2006

cinta dan sayang?

...apa ertinya cinta..
jika kau telah berpunya..
kiasan kata2 mu..
kini aku mengerti.....
Resah merenung kejauhan,pandangan mata ku tak mampu
menembusi pekat malam.Kosong! Aku dapat memahami
dan dapat menerima takdir yg telah ditentukan untuk ku.
Muhasabah diri..menilai,mencongak.. Apa mau mu yaa..
Kau tidak jujur.Aku bertanya pada mu 'kenapa' dan kau
beri jawapan 'kau inginkan kehidupan berkeluarga'.
Tapi mengapa tidak berterusterang dgn ku,mengapa beri
ku harapan?Kerana kasihan?Aku tidak perlukan rasa kasihan
mu.Yang aku tahu..kau tidak jujur.
Kita berbicara... katamu 'kau tidak berniat melukakan ku' tapi
itu yang telah kau lakukan!Kata mu kau memang belum
bersedia unt ku tapi kau telah bersedia unt dia.Aku tak faham!

Hingga satu ketika..kau hubungi ku..
Katamu kau rindukan ku,kau berbicara tentang dia.Aku mendengar!
Kita berbicara lagi..'kita tetap kawan',
'bukan lautan namanya jika tidak bergelora,bukan cinta namanya
jika tiada rasa rindu'.
Berhempas pulas aku merawat duka sendirian,menangis kesaorangan,
cuba mencari kembali hidupku yg dulu,ku atur langkah yg masih goyah.
Tuhan ku..tolong lah!

Kau akan berkahwin dengan dia..aku pasrah.Aku menyingkir diri.
Ku katakan pada mu..jaga dia baik2,cintai dia kerana dia pilihan mu.
Sekali lagi kau huruharakan pemikiran ku..
'aku tidak cintai dia,tapi aku akan kahwini dia' itu kata mu..Aku keliru.
'Hanya kau yang aku cintai sepenuh hati,kau takkan mengerti',
'Dia akan jadi isteriku tapi kau adalah kekasihku..',
'Aku hanya mampu sayangi dia tapi tak dapat cintai dia dan dia tau!',
'Demi Allah,aku memang teramat mencintai mu!',
'Sayang bukan cinta tapi cinta adalah cinta',
Segalanya itu adalah kata2mu....

Aku tak mahu! Biarpun aku amat cintai mu,aku akan tetap pergi
dari hidup mu.Aku bukan pengacau,aku bukan perampas!
Sebaliknya kau yang dirampas dari ku.Setelah kau bergelar suami
orang..kau akan tetap suami orang!Dan aku tak mahu menjadi
kekasih mu biar bagaimana hebat pun cinta mu pada ku.

..I walk alone..
Only one..yaa
My shadow the only one that walks beside me,
My shallow heart the only thing thats beating..
Sometimes..
I wish someone out there will find me
Till then... I'll walk alone!

~qiss~...no pain,no gain..

20 comments:

Meera Melati 18/8/06 12:51 PM  

salam qis,

"seringkali terjadi, kita dilukai oleh orang yg kita cintai"...

kesian adik akak ni. akak turut sedih. akak pun tak faham, apa yg dia nak sebenarnya. Pernah akak bagitau dia "jangan lukakan qis, jaga qis baik-baik, jgn sia-siakan qis".

dia sendiri bagitau akak "qis memang baik". Tapi mengapa ya? mengapa dia nak buang yg baik ini??? akak betul2 tak faham. Kalau betul cintanya suci, tulus dan mendalam buat qis, sepatutnya dia berusaha lebih gigih utk bersama dgn qis. Mengapa dia mengalah???

Apakah keputusannya sekarang betul? Dia menidakkan keinginan hati sendiri. Dia tak mengendahkan dan tak mempedulikan kata hatinya. Percayalah, kalo itulah yg terjadi, kebahagiaan akan payah nak datang dlm hidupnya. Kerana hatinya tak bersetuju.

akak dah lalui, apa yg dia lalui. Menidakkan kata hati akan melontarkan kita di lembah sepi. Kita yg sakit sendiri.

Ada org kata ikut kata hati, mati.
Tapi, ada ketikanya kata hati kita, itulah yg sebenarnya utk kita.

qis, kalo hati qis masih tak tenang, kalo qis inginkan tempat meluah rasa, akak sentiasa ada di sisi. call me. ok... sayang qis selalu.

lady 18/8/06 4:47 PM  

salammm akak,
macam tu lah.. itulah kata2 dia. dan kata2 qis pulak..qis takmau bersubahat,biarlah pedih mcm mana pun,qis rela bersendirian...
Qis dah letih kak...

lady-->> thanks sis..so much!!

Masy 18/8/06 4:52 PM  

wat can i do or say laling...
sabar byk2 ok...
*hugs*

akirasuri 19/8/06 4:24 PM  

emmm saya pun pernah berhadapan dengan situasi ni...rasa dunia ni macam nak terbalik pun ada...walaupun dah 2 tahun berlalu tapi adeiii lukanya masih berbekas...

sabar sabar sabar (mmg easy 2 say but hard 2 do kan)...tapi sabar jela yang mampu kita lakukan...

*peluk lady sambil bisik sabar ye lady* akirasuri yang kate :)

Anonymous 19/8/06 6:20 PM  

hi qis...
emm... seorang sahabat banyak kali berkata pd ita - "kesedihan adalah teman bagi org yg bodoh dan lemah..." memula ita jadi marah.. tapi bila air mata sering tidak lagi berharga, ita rasa dia berkata benar...

org lain buleh sesenang mana "menyakiti hati kita"... tapi kenapa ya? kita sendiri perlu berdiri, kita sendiri yg merasa "sakitnya"...

per lagi yg dpt ita katakan - jgn biarkan hati kita jadi rapuh qis.... [nasihat untuk diri sendiri juga....]

Anonymous 21/8/06 12:12 PM  

flabbergasted

Anonymous 21/8/06 3:15 PM  

sabar ok. Tuhan tidak mahu kamu disakiti, sebab itu ianyer berlaku sekarang. apa2 pun kalau jodoh tak kemana kan? i sentiasa mendoakan yang terbaik untuk u. walaupun kita tidak pernah bersua.....

Anonymous 22/8/06 12:24 PM  

assalamualaikum
Qistina,jangan jadi hamba kesedihan,wake up lady!!!

..aku sedih tengok kau begini!!

Anonymous 22/8/06 12:50 PM  

salammm,
thanks lalingss..
hug me please..

lady-->>..tears..
==================================
akira..
i wont shifted the blame onto anyone else..u'r rite..easy said than done.

lady-->>..sabarlah hati..
==================================
kak ita..
kak ita tengoklaa apa yg dia dh buat pada qis..kak ita tengok laa betapa teganya dia menyakiti qis..

lady-->>....
==================================
akak..
so do i..terkedu...

lady-->>begitu mudah...
==================================
anon..
thanks alots..
benar kata u,tuhan yg menghendaki ianya berlaku..i accepted..karma's sort..

lady-->>...
==================================
anon..
give me a room to breathe,give me time to heal..
thanks u fren..

lady-->>..its not easy..

Anonymous 22/8/06 4:20 PM  

Bila baca entry ni, I know it's definitely hurt so much. But whatever the reason is, your life must go on. Biarlah dia bahagia dgn insan yg baru. Dan awak juga berhak bahagia dgn orang yg lain pada masa akan datang. Surely dia mengharapkan awk bahagia, sama seperti awk harapkan dia bahagia.

Saya pernah memutuskan hubungan dan juga pernah diputuskan. Masa saya putuskan, saya sentiasa berdoa supaya ex saya tu bahagia dgn org baru yg akan hadir dlm hidup dia. Dan Alhamdulillah, dia dah jumpa org lain yg lebih baik drpd saya.

Bila saya diputuskan hubungan pula, saya pun jadi mcm awk gak. Sedih, sakit dan mcm2 lagi. Tapi percayalah, kalau awk terlalu lama meratapi kesedihan, awk akan buang masa. In the near future, bila awk ingat balik sewaktu awk sedih, awk akan menilai berapa byk masa yg awk rugi hanya disebabkan melayan perasaan kesedihan.

Jadi, keep on going with your life like normal days. Jangan jadi mcm saya dulu membuang masa selama 1 tahun tanpa menghasilkan apa2. Pedih mmg pedih tapi hidup mesti terus. Do appreciate kawan2 di sekeliling awk. Hangout dgn kawan2. Pegi trip ke pulau2 yg indah. Tenangkan fikiran. InsyaAllah, lambat laun nanti semuanya ok. Good luck! ;)

Anonymous 23/8/06 12:35 PM  

salamm ND,
thanks dear fren,give me time yaa..
saya akan berdiri kembali,senyum dan appreciate every second of my lifeime for something more pricely.

saya rasa amat bertuah punya teman2 blog yg jauh dimata tapi tetap dekat dihati,saling mendoakan yg baik2..caring,concern..pembakar semangat.. Insyaallah..saya akan berusaha untuk tidak jatuh lagi..
tetap gah sekurang2nya dimata keluarga sendiri..
I will....

lady--->> thank alots ND kerana sudi titipkan msg u disini..:)

Anonymous 23/8/06 2:39 PM  

No problem Qis...;)

Saya agak pelik juga bila lepas je saya break hampir 2 tahun lepas, ade je kawan2 lama dan baru pun menghadapi masalah yg sama...pastu diorang bercerita kat saya tentang masalah diorang...dan Alhamdulillah, semua tu mengajar saya menjadi lebih matang bila kita sama2 share our problems...

Bila kita share, byk pengalaman kita dpt...dan InsyaAllah, kadang2 boleh buat kita rasa lega...just bersabar je...only time will tell...;)

Cheer up my fren! :D

Anonymous 28/8/06 5:30 PM  

Is it true.. time can heal?

Anonymous 29/8/06 7:52 AM  

ND,
thanks once again..
memang laa ek..pengalaman sendiri dan pengalaman teman2 banyak beri kesedaran dan teladan,yang buruk kita jadikan sempadan..dan hidup ini sendiri adalah pelajaran..

Ibarat luka dijari,berdarah..kalau parah makan masa untuk sembuh,kalau luka sikit jer..tampal plaster dah kira ok kan.Insyaallah..saya akan tabah.

lady-->> life must go on
---------------------------------
salam enAhmad,
insyaallah..time can heal but d scar will stay forever.
True or not..still..time will tell..
lady-->>thank you..

Anonymous 29/8/06 1:23 PM  

Hmmm.. I hope so.. but the biggest problem is.. next time seems to be impossible.. the trust is no more. Meaningless..

Anonymous 29/8/06 2:20 PM  

yeah..
the trust is..not no more but less..

lady-->> thankz again..

Anonymous 29/8/06 10:53 PM  

ahmad,
maybe the trust will grow again with some other person...ini semua kuasa Allah SWT...we can't really tell...time will tell soon ;)

Anonymous 30/8/06 11:25 AM  

betul tu ND,mungkin dgn org lain the trust will grow more..only god kno's..
tq fren..

lady-->>berserah..

Anonymous 30/8/06 5:11 PM  

Ya Allah…….

*Seandainya telah engkau catatkan

*Dia menjadi milikku,tercipta buatku

*Dekatkanlah dirinya dengan diriku

*Ya Allah….

*Jika dia ditakdirkan bukan milikku

*Tidak tercipta buatku

*Bawalah dia jauh dari pandanganku

*Lapuk dari ingatan ku*Peliharalah diriku dari rasa kecewa

*Berikanlah aku kekuatan

*Meskipun tanpa dirinya

*Engkau gantikanlah yang telah hilang

*Tumbuhkanlah yang telah patah

*Walaupun tiada yang sama dengan dirinya

*Kupohon dan ku rayu pada Mu yang satu

*Engkau hapuskanlah perasaan ini

*Seandainya dia tiada mencintaiku!!

*Tetapi Ya Allah…..

*Seandainya dia telah ditakdirkan untukku

*Kupohon agar engkau sentiasa memperkuatkan cintanya

*Sebagaimana kuatnya aku mencintainya

*Tuhanku kabulkanlah doaku

*~Aminnnnnn

lady 2/9/06 6:13 PM  

aminnnn...
mudah2an dikabulkan allah doa yg kudus ini..
terima kasih anony..so much appreciated.
lady-->>..terharu..

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP