...apa ertinya cinta..
jika kau telah berpunya..
kiasan kata2 mu..
kini aku mengerti.....
Resah merenung kejauhan,pandangan mata ku tak mampu
menembusi pekat malam.Kosong! Aku dapat memahami
dan dapat menerima takdir yg telah ditentukan untuk ku.
Muhasabah diri..menilai,mencongak.. Apa mau mu yaa..
Kau tidak jujur.Aku bertanya pada mu 'kenapa' dan kau
beri jawapan 'kau inginkan kehidupan berkeluarga'.
Tapi mengapa tidak berterusterang dgn ku,mengapa beri
ku harapan?Kerana kasihan?Aku tidak perlukan rasa kasihan
mu.Yang aku tahu..kau tidak jujur.
Kita berbicara... katamu 'kau tidak berniat melukakan ku' tapi
itu yang telah kau lakukan!Kata mu kau memang belum
bersedia unt ku tapi kau telah bersedia unt dia.Aku tak faham!
Hingga satu ketika..kau hubungi ku..
Katamu kau rindukan ku,kau berbicara tentang dia.Aku mendengar!
Kita berbicara lagi..'kita tetap kawan',
'bukan lautan namanya jika tidak bergelora,bukan cinta namanya
jika tiada rasa rindu'.
Berhempas pulas aku merawat duka sendirian,menangis kesaorangan,
cuba mencari kembali hidupku yg dulu,ku atur langkah yg masih goyah.
Tuhan ku..tolong lah!
Kau akan berkahwin dengan dia..aku pasrah.Aku menyingkir diri.
Ku katakan pada mu..jaga dia baik2,cintai dia kerana dia pilihan mu.
Sekali lagi kau huruharakan pemikiran ku..
'aku tidak cintai dia,tapi aku akan kahwini dia' itu kata mu..Aku keliru.
'Hanya kau yang aku cintai sepenuh hati,kau takkan mengerti',
'Dia akan jadi isteriku tapi kau adalah kekasihku..',
'Aku hanya mampu sayangi dia tapi tak dapat cintai dia dan dia tau!',
'Demi Allah,aku memang teramat mencintai mu!',
'Sayang bukan cinta tapi cinta adalah cinta',
Segalanya itu adalah kata2mu....
Aku tak mahu! Biarpun aku amat cintai mu,aku akan tetap pergi
dari hidup mu.Aku bukan pengacau,aku bukan perampas!
Sebaliknya kau yang dirampas dari ku.Setelah kau bergelar suami
orang..kau akan tetap suami orang!Dan aku tak mahu menjadi
kekasih mu biar bagaimana hebat pun cinta mu pada ku.
..I walk alone..
Only one..yaa
My shadow the only one that walks beside me,
My shallow heart the only thing thats beating..
Sometimes..
I wish someone out there will find me
Till then... I'll walk alone!
~qiss~...no pain,no gain..