sketsa pagi..
location:dining room..breakfast..
"gud morning bangzz..mama.."morning kisses for mum..
"morning.."
"morning girl.." chup! ishhh..abis air kopi kat pipi orang!
"melekit laa bang..kesat laa dulu." protes..
"tak kiss karang ..muncung!dah kiss..komen pulak" ...erksss...
"ellehhh..." tak mo kalah..
"dahhh tu..isshhh,macam budak2 kecik bercakar sajer"..mum nagging dah
"bang..nak air.."
"nah,tuang sendiri!"
"abang laa tuangkan.."
"pulak! patut dia yg tuangkan air unt abang"
"alaa..kita bukan isteri abang,"
"ooo macam tu! nah,buat sendiri!"
"dengkiiii...."
"memang dengki pun!"
"tak sayang kita laa tu...."
"dah kurang sayang dah.."
"tak mau tuang sudah!kita boleh buat sendiri.."
"merajuk laa tu.."
"memang!"
"ok..majuk dulu..dah abis nnti teriak abang ek.."
"orang takmau cakap dgn abang lagi"
"tak mau sudah.."
"orang cakap betul2 ni"
"a'ah..iyer laa..saper lak cakap tak betul"
"abangggg...." terjerit..
"hah..tu dah teriak tu..dah abis majuk laa yer..alaa..berapa second jer,
tak thrill laa dik.." Aku gerammmm!!!
"dah laa tu erry..takcukup gula lak kat rumah ni karang,dah masam tu"
mama pulak menambah perisa..
Tersenyum "meh abang tuangkan air tu,tak baik muncung depan rezki,
abang gurau jer tadi.."
"dah tadi tu kata dah tak sayang kita..ckp apa tu.." tunduk..
"mana boleh abang tak sayang,yg cepat terasa ni kenapa?"
"Nak manja dgn abang sendiri pun susah..."
"maner lak susahnyer..ok abang minta maaf ya.."
Diam...
"adik.." Diam lagi..
"adik....." Diam..ngetest..
"ok laa,takmau maafkan tak per..abang nak keluar ni.Nanti jgn nyesal tau!"
"stop it!!! orang dah maafkan..naper nak ckp cenggitu pulak!!kita dah maafkan
abang laaaaa..." nak ngebeh dah nih..
"hahahahaaa..tau takut. Ok ok..fullstop! cepat minum..nnti ikut abang kluar."
Terasa kepala ku diusap dan dikucup lembut.. hilang rajuk ku..
Tapi.. kenapa aku merajuk ek? mudahnyaa..
~qiss~
...terasa diri amat disayangi...