Ramadhan..Syawal..
RAMADHAN
Hadirnya dulu dinanti2an dgn berbagai2 rasa,azam,
harapan dan juga ragam.
Azam.. azam diawal ramadhan kununnya mau berpuasa
sebulan takmau cuti2.Mau bertarawikh setiap malam
dgn ibadah2 sunat yang lainnya..setakat ini sudahkah
tercapai atau ader yg tuang?
Harapan.. harapan dibulan ramadhan dizahirkan dgn
keinginan beramalibadat,membatas tingkahlaku,diet,
save budget.. setakat ni sudahkah juga tercapai?Yang
nak 'diet' brapa kilo sudah ilang?yang nak save budget
dah tebal ker 'cash' yg di'save'kan..?mata,telinga,lidah
ada puasa?adehaiii...
Ragam.. masih adakah yang bersahur dirumah dan
lunch dibawah khemah2 yg melabuh ketanah?masihkah
ader yg spare 'uncle toby' sekeping dua dilocker atau
briefcase yang terlebih muatan?Masihkah "instant
gastric'' datang menjenguk setahun sekali?
Pertanyaan ini ibaratkan muhasabah umum,
tapikan..kita semua kan insan biasa..hidup macam
traficlight,ader aturannya..
dan kini..Ramadhan akan pergi lagi..bersama segala
rahmat dan kemanisannya.Sayunya hati..pilunya jiwa,
apakah kita akan diketemukan lagi??
Insyaallah...
SYAWAL
Insyaallah akan menghadirkan diri menuruti giliran(tak pun cuba
potong Q).Syawal adalah bulan kemenangan,bulan keraian,bulan
keindahan,pasal semua mau yang indah2 untuk menyambutnya
hatta dgn bergolokbergadai pun sanggup demi merealisasikan
impian dan keinginan hati.
Kerana itu mereka menjadi lalai pada kemanisan malam2 akhir
ramadhan,nawaitu diawal ramadhan dah kelaut..yg ader dlm
minda cuma hiasan2 duniawi,baju2 baru,sette baru,langsir baru,
kalau boleh rumah pun nak yg baru..belum lagi kuihmuih dan
juadah raya..
Disini terletaknya salahfaham tentang meraikan kemenangan
sebulan melawan nafsu diri sendiri.Bulan kemenangan dah jadi
bulan pembaziran sedangkan kita dituntut agar bersederhana
dalam segala urusan. Nah!! sekali lagi alasan 'kita insan biasa'
meniti bibir.. relevan lagik ker?
Walau apa sekalipun,Syawal yg bakal menjelang tetap akan
disambut dgn penuh kesyukuran.Seiring itu,sambutlah juga
huluran tangan ini tanda mohon kemaafan kiranya ader ungkapan
dan lagak bicara yg menyentuh hati kalian..jarijemari ini pun
kekadang bedungannya terluncas juga,tu yg tersasul,terbabas..
Andalah teman2 saya yg selalu buat saya berfikir,memaksa minda
mengolah definasi hidup,selalu buat saya tersenyum..dan menangis.
Terima kasih semuanya..
Sambutlah salam aidilfitri dari saya untuk kalian..tinted with luv..
~qiss~
..pinta ku..berikan daku kemaafan yg terindah..
..maaf dzahir dan bathin..