assalamualaikum...There may come in all our lives when we'r down in d dumps..for one reason or another n no one knows..when nobody seems to care..think..and think again..
Wednesday, November 22, 2006
Monday, November 20, 2006
aku dah letih

Letihhhh........
Usai mengerjakan solat,yasin dan tahlil..ingat hati nak relak
sambil membaca..tapi tiba-tiba caller ringtone lagu "cinta"
berlagu merdu..
"hello..assalamualaikum.."
"waalaikumsalam..qiss hana ni.."
"hana? u kat mana nih"
"I'm on d way kerumah u laa qis,kami nak beraya lor.."
"oh yer ker..eh datang laa,u dgn saper ni "
"adalah dgn bbrapa org kawan2 kita..nnti u tengok laa ek"
"ok, i tunggu eh u jauh lagi ker hana"
"kat kesas lagi ni,sat gi sampai la"
"o'ok i tunggu..salamm"
"wasallam"
Aku bergegas turun kebawah,kedapur..
"bikkkk..bibikkk!!" adehaiii dah tidur ker.
beberapa second..
"yaaa..yaa..bibik datang nih..ada apa qis"
"bik, ada apa2 yg bole dimasak ke,mee ke..apa2lah"
"yaa adaa qis,mee nya bbrapa bungkus..mau dimasak ya?"
"bumbunya ada gak bik,kawan qis mau mampir sbentar gik"
"waduhh,brapa ramai mampirnya qis,udah jam brapa ini.."
"ntah bik..qis tak pasti..nnti bibik tulung yaa.."
"mau digoreng sekarang?"
"ngak usah dulu bik, tgk brapa ramai dtgnya nnti,baru digoreng"
...ahhhh..kalut tul hana nih,tak cakap awal2 nak datang,tak britau
brapa ramai. Issseeyyy..tapi tu laa dah orang nak datang beraya
takkan nak kata jangan pulak.
Setengah jam berlalu..
lagu 'cinta' berdering lagi..
"qiss..kami dah sampai nih..bukak gate weh"
"ok.. park kat dalam ek..satu keta jer kan.."
"dua keta laa qis,"
"ok..bole jer.."
Aku kedepan untuk mengalu2kan teman2 ku,
kami bersalaman,yang ppuan ..cium pipi tanda ukhwah.
lama betul kami tak jumpa,rindu. Dan diantara semua..
aku terpandang 'dia'..tenang menghampiri ku..
"apa kabar qis, selamat hari raya.."
Aahhhh.....
"kabar baik, selamat juga untuk u"
"siler lah.. semua yaa..siler.."
Rentak jantung ku beralih arah,sebolehnya aku berlagak
tenang. Memandang teman2 dgn senyuman mesra..
'kenapa dia datang' hati ku berbicara.
'macamana nih..' hati ku kian resah.
Aku ke ruang dapur, bibiek dah mula masak mee gureng.
Aku berlari ke atas terus kebilik abang amal...
"abang..abang..kuar jap" pintu ku ketuk berkali2.
"pehal ni dik..isssh tak sabar2 pulak"
"tolong qis bang.."
"apanya?"
"zack ada kat bawah tu..abang buallah dgn dia"
"dia datang dgn saper"
"dia ikut hana .."
"abang tukar baju dulu,nanti abang turun"
"jangan lewat sangat bang"
"iyerr laahh"
Aku menyertai teman2 ku semula..berbual,bertanya kabar,
gelak ketawa melepaskan rindu. Sambil tu makan2 kueh raya,
dan mee goreng yg bibik sediakan. Aku perasan pada sepasang
mata yg tak lekang dari memandang ku.. cisss apa barang!!
Aku tau dia cuba carik peluang untuk berbual dgn ku tapi aku
sempat bermain ' cat n mouse' dgn dia..hehehe..padan muker!!
"qiss.. naper tak berbual dgn dia,penat kami bawa tau"kak suria.
"teruk laa ko qiss..zalimmm!"hana.
"issshhh..tak paham aku ko ni qiss."dak bedah.
Aku senyum selamber...malehhh nak pikir..
Sebetulnya aku dah terlalu penat memikir tentang lelaki.
Aku dah takder mood.Dia mrX aku..zaman diteratak ilmu.
Aku bersyukur bila aku akhirnya mampu meraih segulung
ijazah dalam kekalutan dan ombak rasa yang teramat!!
Dia tak berperikemaknusiaan! Takat aku tak melayannya
bila dia datang tanpa undangan..apaaa laa sangat berbanding
perlakuan dan sejarah yg dia ciptakan untuk aku. Aku bukan
berdendam tapi aku juga takpernah melupakan!
...berikanlah aku ruang untuk bernafas lega..
~qiss~.. maafkan aku..
Posted by lady at 1:05 PM 12 comments
Saturday, October 28, 2006
Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri buat semua teman2 yang dikasihi..
Bloggers..dan juga teman2 yang membaca blog
saya yang seadanya ini..saya memohon kemaafan
dari ujung rambut hingga ke ujung kuku kaki..maafkan
saya kiranya terlalai dalam tutur kata yang terukir..
juga gurau senda yang terlebih..Ampun dan maafkan
saya....
Selamat berhari raya versi kota pula yaa selepas beraya
di kampung..
Pasni berderet laa open house..
selamat beropen house laa yaa.
~qiss~... bilerrr laa dpt jemput kwn2 dtg ni ek..
Posted by lady at 9:59 PM 15 comments
Friday, October 13, 2006
Semalam..
Posted by lady at 12:19 PM 15 comments
Thursday, October 05, 2006
Apa kau rasa..
Duhai kasih..
teganya dikau berbuat begitu..
Hilang sudah..musnah sudah
kasih yang ku damba...
Pernahkah awda merasa rejected?Perasaan apa yang menghuni
hati awda saat itu ..dan kesannya pada kehidupan awda..serta
kesan sampingan pada hubungan awda dengan orang yang baru..
Jawapan mudah..
Perit! sakit!malu..terlalu kecewa..menangis..dendam!
Pernahkah kemudiannya awda dicari kembali..cuba didekati
semula olih sidia..dirayu..diungkapkan dgn ungkapan cinta
berterusan..dinyatakan penyesalan..menangisi keadaan yang
telah terjadi antara awda berdua...
Kini kau rasa
Pahit getir bercinta
mengapa kau lepaskan
kini jadi sesalan
kasih entah dimana...
Jujurkah dia?Dimana harga diri awda kiranya awda menerimanya
kembali..?Bagaimana dengan 'dia' yang tersisih olih sidia...
Perlukah sidia diberikan peluang kedua?Tidakkah awda rasa bersalah
terhadap 'dia' yang sidia tinggalkan dengan alasan 'kesilapan'?
Izinkan aku pergi
Apalagi yang engkau tangisi
Semugalah penggantiku
Dapat lebih mengerti hati mu...
Hayati ini:
Memang kau yang ku cintai sedari dulu,kini dan waktu2
terakhir ini..memang aku telah memaafkan mu tapi sesekali
tidak akan aku melupakan segala perbuatan mu terhadap ku..
Dan aku juga enggan mengizinkan hati ku merasa bersalah
terhadap 'dia' yang telah kau lepaskan..
Fahamilah....
Kekasih ku..
Aku cintai mu kerana allah..
Aku menerima mu seadanya
Saat kau pergi dari ku
Aku pasrah..tapi amat terluka
Kini..kau ingin kembali pada ku
Aku terduga lagi..
Aku tak mengerti..
Lalu aku berserah sepenuhnya
Pada ketentuan ILAHI..
~qiss~..Forgive but not forget...
Posted by lady at 1:20 PM 20 comments
Monday, September 25, 2006
cinta mu cinta ku
Posted by lady at 4:39 PM 26 comments
Friday, September 22, 2006
selamat berpuasa..

Frens....
Hari ini anda jatuh...
Bangunlah, kerana kejatuhan mengajar kita untuk bangun.
Hari ini anda terluka....
Rawatlah, kerana kelukaan penilaian rawatan.
Hari ini anda sengsara .......
Sabarlah, kerana kesengsaraan penguji kesabaran.
Hari ini kepahitan.....
Maniskan, kerana kepahitan pengalaman membawa kemanisan hidup.
Pengalaman mengajar erti Kehidupan.
Senyumlah......kerana senyuman selalu mendamaikan....
~Qiss~..kehidupan hanya wujud sekali di dunia ini, tetapi,
jika kiter ber kehidupan benar, sekali saja sudah cukup~
Posted by lady at 12:49 PM 9 comments
Wednesday, September 13, 2006
waduhhhhh..............
salamm gengsss...
waduhh ..masak saya beberapa waktu ni.
Busy yang teramat..saya jenguk2 kejap blog
pastu kena stick to work..
Alaaa ...kita rindu laaa..
kita minta maaf banyak2 ek..
tak dan nak buat new entry..ader tapi draftkan
jer doluu..tak complete lagi.
Insyaallah..bila kelapangan saya akan kembali..dan
akan jawab komen2 yg tertinggal.. maafkan saya..!!
Dan maafkan saya juga kerana tidak punya banyak
waktu terluang untuk menjenguk rumah teman2 semua..
Sekali lagi maaffff....
~Qiss~..i'll be back...soon..
Posted by lady at 1:53 PM 10 comments
Wednesday, September 06, 2006
happy 1st birthday...

best nih...
Pada teman2 blogs tersayangqis ingin ucapkan trima kasih sangat2
kerana sokongan dan kasihsayang kalian,
nasihat serta perhatian yg diberikan
pada blog qis yg seadanya ini..
~qiss~... kita sayang awak semua..
Posted by lady at 12:12 PM 14 comments
Monday, September 04, 2006
oh my gen2...
Aduuuhhhhh....
Gen2 aku buat hal lagi,runtuh dah tingkap dia.Habis laa seat basah
kene ujan..ujan oo ujan.. Berderak-derak bunyik dia bila aku pakser
gak cermin tu naik..apa barang...gerammmmmm!!!!!
Tu laa orang dah kata..tingkap kiri tu dah jamm jgn usik2, ni yang
aku hot sikit bila keta aku org lain pakai.. depa tak reti nooo hati
budi kete aku!! Selamber derk jer aku drive dlm ujan bawa kete
ke workshop..kuyup seat aku.hampeh tul laa!
Sampai kat workshop depa cuit itu ini pastu kata .."dik,tak bole
buat laa,kena antar pat lain ni,nnti terbarai semua,banyak kena bayar!"
"alamak bang..teruk laa camni..nnti esuk saya gi keje nak parking
tingkap tak bertutup pehal la pulak!!naikkan sikit pun tak leh gak ker
bang.."betul2 aku minta tulung kat dak workshop tu.
"Gerenti ada lagi kan,saya rasa baik bawak jer kat tempat selalu servis tu.
diaorang lebih tau,sini tak boleh buat apa laa.."..emm gitu.
Malas nak banyak2 cakap,aku pun drive balik rumah.Sampai jer, tak
lengah aku terus jadi makenik tak bertauliah..aku pun tekan berulangkali
panel kontrol tu.Mula2 tu tak bergerak langsung..aku tekan lagi sambil
tangan sebelah lagi cuba tarik kluar cermin tingkap yg sikit terkeluar tu.
Waduh..bukan mudah! Dan akhirnya berkat kerjakeras aku..dalam ber
derap berdeghak tu..naik gak cermin tingkap tu..alhamdulillah.
Pastu aku lekatkan reminder kat cermin tu supaya saper sajer yg sanggam
keta aku kenalah kawal sikit jarijemari tu..toksah dok seriau tekan sana
tekan sini..haru aku dibuatnya kalau keta 'bertuah' aku ni 'bermasaalah'!
P/s..aku dah antar keta aku keservis center lepas lunch tadi...harap2
bole settle semua masaalah..dlm paler ni dah berkira-kira kalau
camtu gak..aku trade in!!! laa ni tetiba aku rindu pada satria aku..
Tu laa..saper suwuh aku dan2 jer bagi orang..haa kan dah nyesalll..
~qiss~.. hargailah harta benda hasil titik peluh sendiri..
Posted by lady at 4:20 PM 17 comments
Tuesday, August 29, 2006
Tiada lagi...
Posted by lady at 2:26 PM 15 comments
Friday, August 18, 2006
cinta dan sayang?
jika kau telah berpunya..
kiasan kata2 mu..
kini aku mengerti.....
Resah merenung kejauhan,pandangan mata ku tak mampu
menembusi pekat malam.Kosong! Aku dapat memahami
dan dapat menerima takdir yg telah ditentukan untuk ku.
Muhasabah diri..menilai,mencongak.. Apa mau mu yaa..
Kau tidak jujur.Aku bertanya pada mu 'kenapa' dan kau
beri jawapan 'kau inginkan kehidupan berkeluarga'.
Tapi mengapa tidak berterusterang dgn ku,mengapa beri
ku harapan?Kerana kasihan?Aku tidak perlukan rasa kasihan
mu.Yang aku tahu..kau tidak jujur.
Kita berbicara... katamu 'kau tidak berniat melukakan ku' tapi
itu yang telah kau lakukan!Kata mu kau memang belum
bersedia unt ku tapi kau telah bersedia unt dia.Aku tak faham!
Hingga satu ketika..kau hubungi ku..
Katamu kau rindukan ku,kau berbicara tentang dia.Aku mendengar!
Kita berbicara lagi..'kita tetap kawan',
'bukan lautan namanya jika tidak bergelora,bukan cinta namanya
jika tiada rasa rindu'.
Berhempas pulas aku merawat duka sendirian,menangis kesaorangan,
cuba mencari kembali hidupku yg dulu,ku atur langkah yg masih goyah.
Tuhan ku..tolong lah!
Kau akan berkahwin dengan dia..aku pasrah.Aku menyingkir diri.
Ku katakan pada mu..jaga dia baik2,cintai dia kerana dia pilihan mu.
Sekali lagi kau huruharakan pemikiran ku..
'aku tidak cintai dia,tapi aku akan kahwini dia' itu kata mu..Aku keliru.
'Hanya kau yang aku cintai sepenuh hati,kau takkan mengerti',
'Dia akan jadi isteriku tapi kau adalah kekasihku..',
'Aku hanya mampu sayangi dia tapi tak dapat cintai dia dan dia tau!',
'Demi Allah,aku memang teramat mencintai mu!',
'Sayang bukan cinta tapi cinta adalah cinta',
Segalanya itu adalah kata2mu....
Aku tak mahu! Biarpun aku amat cintai mu,aku akan tetap pergi
dari hidup mu.Aku bukan pengacau,aku bukan perampas!
Sebaliknya kau yang dirampas dari ku.Setelah kau bergelar suami
orang..kau akan tetap suami orang!Dan aku tak mahu menjadi
kekasih mu biar bagaimana hebat pun cinta mu pada ku.
..I walk alone..
Only one..yaa
My shadow the only one that walks beside me,
My shallow heart the only thing thats beating..
Sometimes..
I wish someone out there will find me
Till then... I'll walk alone!
~qiss~...no pain,no gain..
Posted by lady at 9:18 AM 20 comments
Friday, August 11, 2006
my crying heart
I'm never gonna dance again...
I closed my heart....closed.
~Qiss~...Time will heal..insyaallah..
Posted by lady at 2:50 PM 8 comments
Tuesday, August 01, 2006
Tuesday, June 20, 2006
Cerita..
Mampukah gambar ini bercerita...
Lelah ku mengukir kata
Bicara dihalaman bisu ini..
Kalau luka..darahnya pasti merah
Takkan mampu ku warnakan putih
Kerna aku bukan Mahsuri...
Susun atur bersimpang siur
Begitu juga hati ku..aahhh!
Posted by lady at 3:07 PM 7 comments
Friday, May 26, 2006
nasib laaaa

Posted by lady at 3:09 PM 10 comments
Thursday, May 18, 2006
matahari
Posted by lady at 9:57 AM 9 comments
Wednesday, May 17, 2006
Kiambang

~Qiss~..biduk lalu kiambang bertaut..?
Posted by lady at 4:28 PM 6 comments
Monday, May 15, 2006
Selamat Hari Ibu...

Selamat Hari Ibu...
Mama..i love you soooo muchhhh...
Thank you Mama for being you and
for all the years of caring,kindness
and your love..
You'r the best mom in the whole Universe..
I LOVE U..
~Qiss~..always be ur sweet little girl..Posted by lady at 9:23 AM 8 comments
Friday, May 05, 2006
Kau Lilin Cinta Ku

~Qiss~
...my cloud with silver lining...
I love you
Posted by lady at 9:07 AM 13 comments
About Me
- lady
- ..be in kalimah allah as long as you live..we will not lost if we have faith..
Check Jam Anda
My Blog List
-
1048 : Trip Atjeh with Geng 408 - Day 48 years ago
-
-
-
-














