Saturday, September 29, 2007

hurt...








tiba2...
hatiku menjadi sekeras batu
jiwa ku luntur lebur
kotak fikiran ku enggan memikir...
aku merelakan segalanya..segala2nya.

titik NOKTAH yang kau cabar untuk ku titikkan
telah pun ku titikkan disini!
aku buang segala duka pedih sekuat jiwa
aku lontar segala rempuhan lara yg mendera
aku tahan airmata yg degil dari gugur berjuraian..
aku bulatkan tekad pada diri

aku tak mau lagi didera
aku tak mau lagi dihina
aku tak mau lagi dicacicerca
aku tak mau maruah ku dicabar
hanya kerana sebab yg cuma sedikit!!!

telah berulangkali kemaafan ku beri
telah berulangkali peluang kubukakan
telah terlalu banyak kesabaran ku dicabar
dan telahpun ku katakan dulu...
sekali lagi terjadi..aku undur diri..!

kini..
aku berlalu pergi..jauh..
tidak akan ku berpaling lagi
akan ku tetapkan langkah ku
terus melangkah..kedepan!
bukan mengundur kebelakang.

maafkan aku...

~qiss~





Sunday, September 09, 2007

payung



selama manakah kau mampu
payungi diriku..
dalam panas..dalam hujan..
selama manakah kau mampu
payungi hati ku
dalam susah..dalam senang
dalam ria..dalam duka..
atau kah nanti
aku akan berpayung sendirian
atau berhujan berpanas
tanpa payung...

~qiss~..payung iman..

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP