Monday, March 27, 2006

salah info..


Assalamualaikum,
Rasanya telah terlalu lama rumah ni terbiar,rumput pun dah panjang,bunga2 pun dah kering layu..(sebbaek tuan rumah ttp maintain)..cuma sesekali ada jugak insan yg baik sgt hatinya datang menjengah dan ketuk2..tampal2..touch up saner sini..(tq so much kak maya tgkkan umah comei qiss ni).Kepingin jari2 ni menari di keybod..cuba2 mencuri masa tapi memang tak mampu berbuat apa,masa amat mencemburui.Biarpun gitu ada juga sesekali terjengah juga nick'lady' diserambi teman2 atau dikamar komen kalian.TERIMA KASIH kerana masih diterima dan masih ader sisa rindu untuk seorang bernama 'qistina'..

Beberapa hari lalu saya balik ke kampung bersama keluarga,ader sesi terapi untuk mama di air hitam,Johor..(mama dah bbrapa bulan tidak sihat,tangan kirinya hilang upaya sikit..).
Sebelum balik usj semula kami singgah dirumah nenek,sekadar bertanya kabar..
"mak sihat ker.." mama bertanya nenek.
"macam ni lah,dah tua2 ni buat apa pun tak kuat dah.."jwb nenek.
"apa kabar nek.."sorang demi sorang dari kami salam dan peluk cium nenek,satu2nya nenek kami yg masih ader..Aku duduk disisi nenek sambil gengam jari2 nenek..rindu!
"tu hari pak lang meninggal ader ker mak pergi melawat,kebumi disini ker"mama bertanya.
"paklang maner pulak yg meninggal?"nenek kehairanan..kami agak terpinga2.
"laa,minggu lalu kami diberitau paklang dah takder,bawa balik sini kabarnya..takkan mak tak tau.."mama kehairanan.
"eh engkau biar betul Sari,aku takder dengor apa2 pun.."
"abang yg talipon saya bgitau masa abang balik melaka minggu lalu mak,saya tak ikut masa tu,ni saper senornyer yg meninggal ni mak..haa bang..apa yg awak dengor dulu?"waduhhhh...kami dilanda kekeliruan yg teramat ..
"dah adik awak yg talipon saya britau paklang kaus dah meninggal,mana saya tau kaus yg mana satu"papa mempertahankan diri.
"ooo kaus ker,itu kaus yg @###$&* disana tu haa..bukan kaus paklang kamu..hisshh kamu semua ni buat terkejut aku!!lain kali tanya kususs-kussus! kesian maklang kamu!" haaaahhh!kan dah! nenek ngomel dah.
"kamu menjandakan orang yg belum janda lagi tau tak!"kata nenek lagi..masyaallahhh..kesian maklang dan paklang.
Dalam kekalutan itu masih lagi sempat kami tergelak kerana wrong info..puaslaa kami bersedih2 dan merancang untuk kerumah maklang menziarahnya yg kununnya kematian suami..kalau tak kerana mama bertanyakan nenek..pastinya kami taktau pun apa yg dah berlaku..dan kalau kami menziarahi maklang dan yg menyambut kami nnti adalah paklang sendiri,macamana agaknyer yaa...subhanallah..

So, moral of the story is..
Siasat..siasat..dan confirm!
Any else??

~qiss~
..double check!..

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP