Sunday, December 18, 2005

sketsa pagi..


location:dining room..breakfast..
"gud morning bangzz..mama.."morning kisses for mum..
"morning.."
"morning girl.." chup! ishhh..abis air kopi kat pipi orang!
"melekit laa bang..kesat laa dulu." protes..
"tak kiss karang ..muncung!dah kiss..komen pulak" ...erksss...
"ellehhh..." tak mo kalah..
"dahhh tu..isshhh,macam budak2 kecik bercakar sajer"..mum nagging dah
"bang..nak air.."
"nah,tuang sendiri!"
"abang laa tuangkan.."
"pulak! patut dia yg tuangkan air unt abang"
"alaa..kita bukan isteri abang,"
"ooo macam tu! nah,buat sendiri!"
"dengkiiii...."
"memang dengki pun!"
"tak sayang kita laa tu...."
"dah kurang sayang dah.."
"tak mau tuang sudah!kita boleh buat sendiri.."
"merajuk laa tu.."
"memang!"
"ok..majuk dulu..dah abis nnti teriak abang ek.."
"orang takmau cakap dgn abang lagi"
"tak mau sudah.."
"orang cakap betul2 ni"
"a'ah..iyer laa..saper lak cakap tak betul"
"abangggg...." terjerit..
"hah..tu dah teriak tu..dah abis majuk laa yer..alaa..berapa second jer,
tak thrill laa dik.." Aku gerammmm!!!
"dah laa tu erry..takcukup gula lak kat rumah ni karang,dah masam tu"
mama pulak menambah perisa..
Tersenyum "meh abang tuangkan air tu,tak baik muncung depan rezki,
abang gurau jer tadi.."
"dah tadi tu kata dah tak sayang kita..ckp apa tu.." tunduk..
"mana boleh abang tak sayang,yg cepat terasa ni kenapa?"
"Nak manja dgn abang sendiri pun susah..."
"maner lak susahnyer..ok abang minta maaf ya.."
Diam...
"adik.." Diam lagi..
"adik....." Diam..ngetest..
"ok laa,takmau maafkan tak per..abang nak keluar ni.Nanti jgn nyesal tau!"
"stop it!!! orang dah maafkan..naper nak ckp cenggitu pulak!!kita dah maafkan
abang laaaaa..." nak ngebeh dah nih..
"hahahahaaa..tau takut. Ok ok..fullstop! cepat minum..nnti ikut abang kluar."
Terasa kepala ku diusap dan dikucup lembut.. hilang rajuk ku..
Tapi.. kenapa aku merajuk ek? mudahnyaa..


~qiss~
...terasa diri amat disayangi...




Friday, December 16, 2005

Tunaikan janji..

^This white heron goes to
Encik Deanz as he wished..


<<<= white roses for cik/en Anon..smile!

-->>>>>^
pink roses goes to..

Datin curry darlingss

(lamb curry sold out laa..)

Thursday, December 15, 2005

Ketawa?cubalah...





YOU CAN COME BACK ANYTIME TO TRY AGAIN!!!

HAHAA..


~QISS~
...aDEHaiii...

Monday, December 12, 2005

....titik


Dengar lah..
Nyanyian ku
Lagu kenang2an..kau dan aku..

Mengapakah engkau menangis
Bila ku bersua dengan mu
Hati ku telah kau lukakan
Apalagi dikenang...

Dengarkanlah duhai priaku
Diriku usah dirayu lagi
Semuga engkau berbahagia
Hidup bersama dgnnya..

Dulu pernah ku rindu pada mu
Kita nyanyikan lagu merdu
Tetapi kini tinggal kenangan
Kenangan kita berdua..
~Qiss~
...farewell..

Friday, December 09, 2005

Munajat Cinta..


Ya Allah,jika aku jatuh cinta,cintakanlah aku pada seseoarng yang melabuhkan cintanya padaMU agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu..
Ya Muhaimin,jika aku jatuh cinta,jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada MU......

myspace

myspace graphics


Ya Allah, jika aku jatuh hati,izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yg hatinya tertaut padaMU ,agar aku sentiasa dalam cintaMU.......
Ya Rabbana jika aku jatuh hati ,jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati MU....
Ya Rabbul Izzati,jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yg merindui syahid di jalan MU.......

myspace

myspace graphics


Ya Allah jika aku rindu,jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga MU.....
Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasih MU, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu......
Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasih MU,jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada Mu......
myspace

myspace graphics


Ya Allah.. Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada Mu,
Telah berjumpa pada taat MU.
Telah bersatu dalam dakwah pada MU,
Telah berpadu dalam membela syariat Mu.
Kukuhkanlah ya Allah ikatannya.
Kekalkanlah cintanya.
Tunjukkanlah jalan-jalannya .
Penuhilah hati-hati ini dengan nur MU yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada MU dan keindahan bertawakkal di jalanMU.....
.......AMEEN......
myspace

myspace graphics

~Qiss~

...pasrah...

Thursday, December 08, 2005

kita nak hadiahkan ni...



Untuk mrWira lalingzz.. >>
<<<--Yang ni untuk mrDeanz..hehe..


Yang ni..untuk kak maya..i luv u..
Yang ni untuk C'ta lalingss..muahhss

yang ni untuk kak Ita..suker tak kak?

untuk dak Iman..simpan elok2..!

~qiss~

...sajer nak happy2 sikit...

Wednesday, December 07, 2005

incredible

Flamingo merah...cantik tak..?


Garang tapi manja..
yang garang mak dia..yang manja..
anak dia laa..cute kan!



termenung ker apa ker tu...

so sweet...

tajamnyerr renungan mata dia..

Very protective..


kena marah ker..dak 'eh..

mak dia gurau jer tu..

mak dia kata..no more baby face..hehehe

~qiss~

..sesajer jer...

Tuesday, December 06, 2005

Langit Petang

ku meniti awan yang kelabu
ku tempuhi lorong yang berliku
mencari sinar yang menerangi
kegelapan ku
ku percaya pasti suatu hari
sang suria kan menyinari jua
membawa harapan yang menggunung
bersamanya...

myspace

myspace graphics


engkau tiba bagaikan pelangi
tak bercahaya namun kau berseri
tapi cukup menghiburkan
hati ini....
myspace

myspace graphics


seharian waktu bersama mu
tak terasa saat yang berlalu
bagai pelangi petang kau kan pasti
pergi jua...
~qiss~
...give priority to love n faith...

Friday, December 02, 2005

Kisah Benar


Terasa bagaikan aku dalam tidur yg panjang,melewati waktu maya,menerobos keruang yang amat asing.Dimanakah ini.. Ku ikuti satu sorotan cahaya yg tiba2 muncul lalu membawa aku kesebuah rumah yang amat cantik,walaupun cuma rumah kayu.Salam ku beri dan bersambut..Alhamdulillah.Seorang gadis kecil bertudung litup tersenyum dan mengisyaratkan aku agar naik kerumah.
Melewati anak-anak tangga..aku seakan diiringi olih alunan ayat2 suci alQuran dari atas rumah.
Menjenguk kesatu ruang..kanak2 kecil lelaki dan perempuan sedang tekun mengaji mukaddam dan alQuran.Aku duduk bersimpuh,memerhati satu persatu wajah2 jernih yang amat mendamaikan..anak2 siapakah ini..cantiknyer mereka.
"Assalamualaikum..." satu suara terasa begitu hampir.. garau..
"Waalaikumsallam..." aku menjawab salam tanpa mengangkat pandangan,dia bukan muhrim ku. "waalaikumsallam, ustaz" serentak semua kanak2 itu menyambut salam lelaki yg dipanggil ustaz itu.Keaadaan sepi seketika..

Tiba-tiba...
"Bacalah..." aku agak terkejut bila senaskah alQuran dihulurkan pada ku dan tika menyambut huluran itu mata ku menangkap satu wajah yang sedang tersenyum padaku. Aku terpaku..jiwa ku bagaikan melayang entah kemana,debaran didada bagaikan ombak badai yang menghempas..aku begitu gementar,nafas yang ku hela terasa amat payah,terkaku aku...
Wajah itu..subhanallah! Wajah itu teramat indah,bercahaya dgn senyumannya yg amat mesra..
Amat tampan dalam pakaian serba putih bersih...
"Bacalah..."Sekali lagi aku di kejutkan.
Dengan lafadz 'bismillaahirrahmannirrahim' aku membuka lembaran alquran dan menatap surah pertama didalamnya..surah alfatihah..Selepas mengambil nafas yg dalam aku memulakan bacaan..tenang..lancar..tamat.Aku mengangkat pandangan dan melihat isyarat agar aku meneruskan bacaan ke surah seterusnya..sebaik saja aku tamatkan bacaan 'alif lam mim',dia memandu ku kesurah2 akhir..Aku melihat arah lembaran alquran itu diselak satu persatu dan sebaik sahaja dia menunjukkan ke satu surah...tiba-tiba..

"qis...qis.. bangun ..hei..naper tidur disejadah ni,sakit badan tu..bangun qis.."aku tersentak..
Segala2nya tiba2 hilang..Aku melihat mama sedang berada disisi ku yg terbaring disejadah dan masih dalam telekung.Aku merasa sebak tiba2..aku memeluk mama dan menangis..menangis semahu2nya seolah melepaskan segala rasa didada..Mama kehairanan dan bertanya..
"qis pergi mana tadi..." seolah memahami..
"qis tak tau maaa..rasanya tadi qis pergi jauh sangat," aku menangis lagi.
"istigfar qis..mengucap nak..dah jgn nangis..bangun cuci muka,sekejap lagi dah nak masuk subuh..solat dgn mama yaa.." Aku mengangguk..
"dah tenang nanti ceritakan pada mama yaa.." Aku mengangguk lagi..

Kemanakah aku telah dibawa..siapakah mereka semua..siapakah uztaz yang amat tampan dan
cantik itu,wajah dan senyumannya begitu indah,begitu mendamaikan..anak2 siapakah yang bersih dan comel2 serta berwajah berseri itu..
Selesai solat subuh aku mengambil naskah alquran dan menyelak kembali lembaran terakhir
yg diunjukkan pada ku olih ustaz itu,aku memejam mata..mengingati kembali segala yang kualami sebentar tadi,mencari titik mula kejadian....
Seingat aku,aku bersolat sunat tahajjud,istigkharah,taubat dan berzikir hingga aku terlena..
dan disitu bermula segalanya. Subhanallah...

Pada ustazah tempat aku mendalami tajwid alquran,ku ceritakan segalanya.Ustazah bertanya samaada aku mencatatkan atau tidak surah dan ayat yg ditunjukkan itu..aku kata tidak tapi aku amat mengenali surah tersebut kerana aku kerap membawanya dalam solat ku dan aku mmg menghafalnya sejak lama dulu. Ustazah menyarankan pada ku agar menjadikan surah itu sebagai wirid dan sentiasa dibaca dihati dandizikirkan dibibir serta mendalami ertinya..
Aku akur..Ustazah juga menyarankan pada kami murid2nya semua agar segera mencatatkan apa saja ayat2 alquran yg melintasi tidur kita untuk di analisa,sebaik saja kita terjaga..
Wallahuallam..

Sesungguhnya hanya Allah jua yg Maha Mengetahui atas segala kejadian yg berlaku..
Dia lah juga Allah yg Maha Besar..Maha Agung..

~itulah pengalaman indah dan mendebarkan yg pernah ku alami sedikit waktu dulu..sehingga kini wajah itu sentiasa diingatan..ahh..siapakah gerangannya dia..~

~qistina~

..If the lifeline is not severed,we'll have a chance to see tomorrow..


myspace

myspace graphics



Wednesday, November 30, 2005

Dalam hati saya ada Awak..


Hari itu kita gaduh
Saya main-main
Awak ingat betul-betul
Tak tau nak buat macamana lagi
lantak awak laa..

Semalam kita berselisih
Saya buat dunno
Awak pandang saya
Saya buat dunno jugak
Degilnyer saya..

Saya nampak awak
Saya nak panggil
Tapi awak tak toleh
Sebab..saya panggil dalam hati!
Bodohnyer saya..

Awak tegur saya
Saya buat dunno
Tapi awak tak tahu happynyer saya
Saya dengar awak cerita
Awak kata dah jatuh cinta
Sedihnyer saya...

Awak keluar tengok wayang
Saya pun..
Awak keluar dengan dia
Saya tengok jer..

Awak call saya
Mengacau betul..tengah tido laaa!
Saya layankan saja
Awak cakap awak dah putus
Saya senyum sampai ketelinga
Tapi awak tak nampak
Saya cakap..kesiannya awak
Hipokritnya saya!!!

Hari jadi saya..awak luper
Saya sedih...
Tapi tak pe..awak bukannya sesiapa
Awak minta maaf..saya senyum aje
Saya kata, tak kisah..

Awak belanja tengok..national treasure
Issskhh tak romantiknyer..
Tapi best per !!

Saya dapat bunga..cantik!! suker sangat!
Tapi tak tahu saper pengirimnya
Awak nampak,awak terus balik
Saya panggil awak
Tapi awak tak toleh..
Saya cuma nak bagitau...

Awak!!! LORI!!!!!

Saya kejar awak..awak terus jalan
Saya tolak awak..awak jatuh
Saya nampak lori,betul2 depan saya!
Kalau lah sempat,saya nak bagitau awak..

SAYA SAYANG AWAK...!!!
.........................
........................
myspace

myspace graphics



..moral of the story:
Kiranya anda sayangkan sesaorang dlm hidup
anda..NYATAKAN!!
Hargai orang yang anda sayangi dan mereka
yang menyayangi anda...

~Qiss~
..True friendship is like sound health,the value of
it seldom known until it is lost..

Monday, November 28, 2005

Surat buat Kekasih

Katakanlah,
Di ujung embun menitis sebuah rindu
Aku mencairkan cinta
Kau melihat ku
Begitulah saat-saat keinginan diri
Terbentur
myspace
Ujung tumit ku yang pecah
Dari retakan terhalus
Membelah dan perih tiba-tiba
menyentuh air asin laut-Mu
myspace
KiniCinta menjadi satu
Aku telah masuk ke awan terbelah
Ke sebuah pintu rela
Penentuan-Mu, ya rabbi.
myspace

Monday, November 14, 2005

sengaja nak bersenda..

kuih apa yang bungkusnya didalam,isinya diluar?
Kuih salah bikin..reject tu..

Binatang apa power karate?
Kuda belang,cuba kira beraper black belt dia ada.

Siape yang menemukandompet kulit?
Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong
pulangkan kepada saya!!ada reti?

Pintu apa yang wlaupun dgn 10 org pun takleh nak tolak?
Pintu yang ader tulis TARIK laa..apa daa..

Saya ade 3 kepala,saya ader 4 tangan dan 5 kaki..
siapakah saya?
Pembohong!!! ilang akal aper..

Apa dia jauh dimata,dekat dihati..?
USUS laa..jangan nak jiwang!

Nenek saper jalannyer meloncat-loncat?
Aiseymannn..Neneknyer sikatak ler..hishh

Kenapa lelaki jarang kene penyakit anjing giler?
Sebab..lelaki ni kan buaya..erkss..

Apa beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
Sekretari baik..........'Selamat pagi tuan'
Sekretari kurang baik........'Dah pagi ni tuan'

Apa persamaan Micheal Jordan ngan Micheal Jackson?
Dua-dua tak kenal korang(toksah prasan ler..hehe)

Tukang ape yg kalau dipanggil,die menjenguk keatas?
Tukang gali kubur ler..

Aper persamaan kain jemuran ngan telepon?
Alaa..dua2 kalau dah ''kringgg'' bole diangkat..

Kenapa pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Mesti laa kena tebang,saper nak cabut pokok kelapa!
..giler ker aper..adehaii mau tanya juga kaa..


Tamat dah...!!!
Seronok eh....pi kerja!!

jangan marah ek kenkawan..sajer nak cuci otak
..relak minda..asik berjerubuu jer..

~qiss~
..A daily dose of humor keeps stress at bay..

selamat malam sayang..

Selamat malam
Tinggallah kekanda
Dinda bermohon
Berpisah untuk selamanya

Jika dengan ku takkan tenteram
Rela berkorban asalkan
Engkau bahagia

Dinda yang hilang
jangan dikenang
Usah hiraukan..usah ditangiskan

Bahagia hendaknya
Seluruh hidup mu
Berkorban aku..kerana cinta mu

~qiss~
..painful..

Friday, November 11, 2005

What becomes of the broken hearted

As I walk this land of broken dreams
I have visions of many things
But happiness is just an illusion
Fill with sadness and confusion
What becomes of the broken hearted
Who have love thats now departed
I know i've got to find
Some kind of peace of mind maybe...
.......

~qiss~
..i'm so tired...

Thursday, November 10, 2005

7 tags..seven tags??? tax?tags....

adehai.. dah sampai seru laa gamaknyer ni.
mau tak mau..suka tak suka..terpakser laa jugak haku jawab 'tags'
dak lalings nih..tapi 100% ikhlas ni yaa..almaklumlahh haku ni
lurus bendul sikit..paletum paletum..paletum??(virus bobby dah
join minda..)

Ok here we go...
1- Seven things I plan to do before I die:
~nak antar mama menunaikan fardhu haji keMekah
dgn duit gajian aku sendiri..(insyaallah...)
~nak naik haji untuk diri sendiri jugak..(insyaallah..)
~nak mencapai impian untuk menjadi wanita berjaya
dlm carrier dan kehidupan..
~nak kumpul duit bebanyak dan beli sebuah rumah
untuk diwakafkan menjadi rumah anak2 yatim..(daif
sgt rumah AY yg aku pergi baru2 ni..meleleh airmata..)
~nak tengok abang long kawin..(dia seakan serik bercinta
dan workholic..sian abang..)
~nak buat further study..(dlm perancangan..)
~kawin..kalau ader jodoh..(insyaallah)
...7 jer?terasa sikit laa pulak!!! jgn mare lalingss..

2- Seven celebrity crushes:
~Ako mustafa<<--very simple person
~Hans isaac <<--mcm rupa abang haku
~Micheal vaughn <<--minat sesangat..!!
~Jennifer garner <<-- tangkas..
~Azean irdawati<<-- pelakun berwatak..hebat!
~Rahim razali <<-- classic..
~Ummi aida <<--bersahaja..
...Cukup??..cukup laaaa...

3- Seven often repeated words:
~insyaallah..
~Adehai..
~hehehe..
~mana maunyerrrr..
~ilang akal apa..
~takder maknernyerr..
~makdatukkkk..
...yg melatah-latah tu takyah ler ek lalingss..

4-Seven traits i look for in d opposite sex:
~Islam-melalui teori dan praktikal..
~Sihat akal dan fizikal
~Bersifat pemimpin dan pelindung(jgn bila nmpak
katak..dia yg lompat dulu..adehai.)
~Sayangi dan hurmati keluarga aku
~Menyintai dan menyayangi aku hanya kerana
diri ku(bukan sbb musabab yg lelainnya)
~Sedap mata memandang(dari segala segi..)
~Peramah..dan pandai buat lawak(dlm kluarga aku
kebanyakannya pendiam..serious..)
...rasa mcm nak tambah lagi tp dah cukup 7 la pulak

5-Seven people tis tags goes to:
~kak mayameera
~iman
~kzie
~kak kari(datin)
~Deanz
~Faisal
~kak ita
...jeng..jeng..jeng...dipersilerkan yer...
fuhhh...selamat!jenuh ngadap laptop ni..
Sat lagi kena panggil bomba laa pasal
dah kedegreean melampau..Senornyer lalingss
semua tu dalam petibesi hatiku,tetiba diketuk
dan dipakser kuar pulak..tu ajerlaa yg ada...!!
Sekian ,terima kasih..wasallam..

~qiss~
..If you start to believe in your dream,you will
stop thinking it is impossible..


Wednesday, November 09, 2005

betrayed


pernahkah anda merasa dikhianati?
pernahkah anda merasa diperbodohkan?
pernahkah anda merasa dipermainkan?
pernahkah anda merasa dipersendakan?

kiranya pernah..apakah tindakan anda?

~qiss~
..be honest to urself..at least..!!

Monday, November 07, 2005

kerjaaaaa....

Monday bluesss...
Kerjaaa..kena kerja..tetap kerja..nak kerja..taknak kerja..
TETAP kena kerja.Raya lagi ni beb..waduhhhh...
Selamat kerja semula dan selamat raya ler yer..to whom
may concern laa tu!!Sambil kerja kita raya..alaa..makan
kuih raya(bekal dari umah)kira raya laa jugak.
..Dan jangan lupa pi kerja pakai baju raya nooo...

~qiss~

...tak puas beraya..

Thursday, October 27, 2005

Ramadhan..Syawal..

RAMADHAN
Hadirnya dulu dinanti2an dgn berbagai2 rasa,azam,
harapan dan juga ragam.
Azam.. azam diawal ramadhan kununnya mau berpuasa
sebulan takmau cuti2.Mau bertarawikh setiap malam
dgn ibadah2 sunat yang lainnya..setakat ini sudahkah
tercapai atau ader yg tuang?
Harapan.. harapan dibulan ramadhan dizahirkan dgn
keinginan beramalibadat,membatas tingkahlaku,diet,
save budget.. setakat ni sudahkah juga tercapai?Yang
nak 'diet' brapa kilo sudah ilang?yang nak save budget
dah tebal ker 'cash' yg di'save'kan..?mata,telinga,lidah
ada puasa?adehaiii...
Ragam.. masih adakah yang bersahur dirumah dan
lunch dibawah khemah2 yg melabuh ketanah?masihkah
ader yg spare 'uncle toby' sekeping dua dilocker atau
briefcase yang terlebih muatan?Masihkah "instant
gastric'' datang menjenguk setahun sekali?

Pertanyaan ini ibaratkan muhasabah umum,
tapikan..kita semua kan insan biasa..hidup macam
traficlight,ader aturannya..
dan kini..Ramadhan akan pergi lagi..bersama segala
rahmat dan kemanisannya.Sayunya hati..pilunya jiwa,
apakah kita akan diketemukan lagi??
Insyaallah...


SYAWAL
Insyaallah akan menghadirkan diri menuruti giliran(tak pun cuba
potong Q).Syawal adalah bulan kemenangan,bulan keraian,bulan
keindahan,pasal semua mau yang indah2 untuk menyambutnya
hatta dgn bergolokbergadai pun sanggup demi merealisasikan
impian dan keinginan hati.
Kerana itu mereka menjadi lalai pada kemanisan malam2 akhir
ramadhan,nawaitu diawal ramadhan dah kelaut..yg ader dlm
minda cuma hiasan2 duniawi,baju2 baru,sette baru,langsir baru,
kalau boleh rumah pun nak yg baru..belum lagi kuihmuih dan
juadah raya..
Disini terletaknya salahfaham tentang meraikan kemenangan
sebulan melawan nafsu diri sendiri.Bulan kemenangan dah jadi
bulan pembaziran sedangkan kita dituntut agar bersederhana
dalam segala urusan. Nah!! sekali lagi alasan 'kita insan biasa'
meniti bibir.. relevan lagik ker?
Walau apa sekalipun,Syawal yg bakal menjelang tetap akan
disambut dgn penuh kesyukuran.Seiring itu,sambutlah juga
huluran tangan ini tanda mohon kemaafan kiranya ader ungkapan
dan lagak bicara yg menyentuh hati kalian..jarijemari ini pun
kekadang bedungannya terluncas juga,tu yg tersasul,terbabas..
Andalah teman2 saya yg selalu buat saya berfikir,memaksa minda
mengolah definasi hidup,selalu buat saya tersenyum..dan menangis.
Terima kasih semuanya..
Sambutlah salam aidilfitri dari saya untuk kalian..tinted with luv..

~qiss~
..pinta ku..berikan daku kemaafan yg terindah..
..maaf dzahir dan bathin..

Saturday, October 22, 2005

...janji


kau berjanji...
pada bulan,pada bintang
kau berjanji
akan datang..esuk malam..

ku berjanji..
pada bulan dalam taman
kan ku petik
mawar harum untuk tuan...

Hati ku...berlagu..
menjelang kasih asmara
dirinduuu...

Namun dikau
mengapa tak kunjung tiba
mawar harum...aku rindu...
tiap waktu...

~qiss~
..hmmm...



Wednesday, October 19, 2005

People..


When PEOPLE think they are a good friend,
other PEOPLE should carefully make a good judgement
on that PEOPLE
.....why.....because..
PEOPLE may lie to you (also PEOPLE)
and may lie about you to other PEOPLE
to gain advantage or to loss down your criteria
......so beware...

PEOPLE may look very nice infront of you...
but you may not distinguish that
PEOPLE also can be very cruel behind of you
....so beware also...

PEOPLE should trust other PEOPLE
as long as no prove that you can not trust that PEOPLE
...but please, please keep other PEOPLE trust on you
for the sake of YOURSELF(you also a PEOPLE right...!).

PEOPLE may take advantage on you,
well...as long as nothing could hurt you,
be cool.......BUT,
as it merge to your heart like crazy and disturbing you life

...you have two choice......
First, you can be patient as long as possible....
it parts of your 'Iman' right ?

Second, there are level of patient...
exceeding it could explode your heart...
so, think about it....

PEOPLE should be kind to other PEOPLE.
so that all PEOPLE will live on earth
in a great shape of trust and kindness.


~Qiss~
...people come people go but supportive frens stay forever..

Saturday, October 15, 2005

...Ridzo..


hmmm...
Inilah dia teman ketawa..
Teman yg suker tgk org nangis..
Teman yg gelak besar bila tgk org gaduh
Tukang buat bising dalam rumah
dan segala yg sewaktu dgnnya..
Adehai..ridzo..ridzo..

Sayang kak Qiss kan..mestii !!

~Qiss~



Thursday, October 13, 2005

attention:women..ladies..


...not my color.

A few notes about getting into your car in
a parking lot, or parking garage:

a. Be aware:
look around you, look into your car,
at the passenger side floor, and in the back seat.

b. If you are parked next to a big van,
enter your car from the passenger door.
Most serial killers attack their victims by pulling them
into their vans while the women are
attempting to get into their cars.

c. Look at the car parked on the driver's side of your vehicle,
and the passenger side.
If a male is sitting alone in the seat nearest your car,
you may want to walk back into the mall,
or work, and get a guard/policeman to walk you back out.
IT IS ALWAYS BETTER TO BE SAFE THAN SORRY.
(And better paranoid than dead.)

6. ALWAYS take the elevator instead of the stairs.
(Stairwells are horrible places to be alone and
the perfect crime spot).

7. If the predator has a gun and you are not under his control,
ALWAYS RUN!
The predator will only hit you (a running target) 4 in 100 times;
And even then, it most likely WILL NOT be a vital organ. RUN!

~qiss~
...love yourself...

Tuesday, October 11, 2005

negative vs positive



For all the negative things we have to say to ourselves,
Allah has a positive answer for it:

You say: "It's impossible"..
Allah says: All things are possible

You say: "I'm too tired"..
Allah says: I will give you rest

You say: "I can't go on."..
Allah says: My grace is sufficient

You say: "I can't figure things out" ..
Allah says: I will direct your steps

You say: "I can't do it" ..
Allah says: You can do all things

You say: "I'm not able" ..
Allah says: I am able

You say: "It's not worth it" ..
Allah says: It will be worth it

You say: "I can't forgive myself"..
Allah says: I FORGIVE YOU

You say: "I can't manage" ..
Allah says: I will supply all your needs

You say: "I'm afraid"..
Allah says: I have not given you a spirit of fear

You say: "I'm always worried and frustrated"..
Allah says: Cast all your cares on ME

You say: "I don't have enough faith"
Allah says: I've given everyone a measure of faith

You say: "I'm not smart enough" ..
Allah says: I give you wisdom

You say: "I feel all alone"..
Allah says: I will never leave you or forsake you

You say: "Nobody really loves me" ..
Allah says: I love you

May Allah Be Pleased With all muslims... Ameen...
(forwarded)


~qiss~
..it is in remembrance of Allah that the heart finds peace...

hari ini..

Hari ini anda jatuh...
Bangunlah, kerana kejatuhan mengajar kita untuk bangun.
Hari ini anda terluka....
Rawatlah, kerana kelukaan penilaian rawatan.
Hari ini anda sengsara .......
Sabarlah, kerana kesengsaraan penguji kesabaran.
Hari ini kepahitan.....
Maniskan, kerana kepahitan pengalaman membawa kemanisan hidup.
Pengalaman mengajar erti Kehidupan.
Senyumlah......
kerana senyuman selalu mendamaikan....



~qiss~
..begin n end d day with smile..

Friday, October 07, 2005

forgive me..

salamm Frens..
sorry..i'm really not in the best today..
lots of things to think about,
tired mind and physically...
oh dear..

...n the thoughts crosses my mind..
if i never show up in d mornin'
would tey ever doubt d way i feel..
about 'everything' in my heart...



~qiss~
...let it be...

motivasi diri

Hati Yang Rapuh

Di hati kulakarkan sebuah impian
Yang aku namakan harapan
Apabila kutentuka arah serta tujuan
Rela kuhadapi cabaran

Jalan ke puncak itu beronak dan berliku
Menyukarkan pendakianku
Namun tetap kugagahi hati yang rapuh ini
Demi hasrat yang suci

Aku sangkakan harapan selembut impian
Yang menguliti tidur insan
Kiranya kehidupan tidak sedemikian
Goyah hatiku oleh kenyataan

Tak harus kuturuti kelemahan diri
Tak daya bertahan diuji
Lalu aku mengumpulkan semula kekuatan
Berlandaskan keimanan..


Song for u mama..
I love u so much..

~Qiss~
..tough times dont last,tough people do..

Thursday, October 06, 2005

Ramadhan...

Berkorban apa saja,Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra,Sejati dan mulia..
Kepentingan sendiri..Tidak diingini
Bahagia kekasih..Saja yang diharapi..

Berkorban apa saja,Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra..Sejati dan mulia..
Untuk menjadi bukti,Kasih yang sejati
Itulah tandanya..Jika mahu diuji..

begitukah?semudah itukah...
Ramadhan ini mengimbau kenangan 7 tahun lalu..
saat segalanya bagaikan tergelincir dari paksinya..
kejadian demi kejadian yg amat melukakan,berdarah..
terbakar..dan hingga kini..ianya bagaikan api dalam sekam
..terus membakar dgn eleman dendam..benci..pasrah..hiba..

Saat ku tatap wajah mama yg amat ku kasih..aku bagaikan
enggan percaya betapa hidup duka yg dilalui telah pun
7 tahun usianya..saat dia meneruskan hidup dlm pasrah
yang seolah dipaksa untuknya menempuhi..saat segala kasih
dan kepercayaannya diragut pergi..saat dirinya seolah di nafikan
hak dan keujudannya..olih seorang yang bernama 'lelaki'....

Telah hilang rasa hurmatku padanya bilamana mama diperlakukan
sebegitu..walau mama melarang tapi aku tetap aku..
"apa salah mama,Pa..!!"aku bertanya..geram!!mula menangis..
"mama takder salah.."papa jawab ..tegas..
"kalau mama tkder salah knapa papa buat gitu?"abang bersuara..
"papa cuma mau buat kebajikan.." papa masih berlagak
"kalau iyerr pun nak buat kebajikan..takkan kawin saja..yg lain
kan banyak.."abang long begitu marah..berdiri..
"dia janda..dia maukan suami..mau menumpang kasih..." begitu???
"tapi dia bukan janda melarat paa..dia ader kerja,gaji besar..
ada kereta..ader rumah...apa yg susahnyer..!!!"tinggi suara abanglong..
Papa terdiam...
"kalau iyer pun awak nak kawin lagi..knapa belakangkan saya.."mama
mula bersuara setelah lama berdiam..
"bulan puasa ni bang..saat umat islam berebut2 mencari keredaan
disepuluh malam terakhir ni..awak pula buat benda lain..kawin lari..
kenapa tergamak awak buat begitu..?"..suara mama begitu tenang..
terbayang diingatan ku betapa mama tidak tidur semalaman bawa
ke sahur hanya kerana mau menyiapkan keperluan papa kununnya
untuk melawat site rupa2nya terbang kenegara jiran untuk berkahwin
lain.. di bulan ramadhan!!!!
Mama tidak menangis..saat pertamakali papa kata dia dah kawin
lagi..terkatup kedua bibir mama..diam...dia tidak menjerit,tidak
berkata apapun..pandangannya dalam dan jauh..seolah meneroka
kealam yg lain..yang entah dimana..dan selepas dari kejadian itu
mama dah jadi orang lain..amat pendiam..segala apapun.. dilakukan
sendirian..sakit pun dia diam..tidak juga meminta..(saat ini fikiran ku
bercelaru..perlukah ku teruskan penulisan ini..)

Mama..maafkan ..
to be cont...

~qiss~
..hanya yang mengalami..akan memahami segalanya..

Saturday, October 01, 2005

Insaf...

...Say it isnt so..
Berkumandang diudara seiring coretan ini dilakarkan.
hmm..tak per,hari ni nak balik kg petang nnti..berkumpul
semua keluarga untuk kenduri arwah dan menyambut
ramadhan,biasalaa kan ..dikampung memang gitu,cuma
bila dah bermastautin dibandar semua itu seakan hilang
dari rutin tahunan..

Aku bercuti sehingga isnin,gitu juga abg erry dan abg amal,
nak ziarah pusara datuk2 dan nenek..(cuma ada satu nenek jer
yang tinggal..berebut!!)..tetiba rasa sayu menyapa hati...
Arwah datuk dn arwah nenek amat aku sayangi..rasa tak puas
bersamanya..bila tiba2 datuk yg sihat seakan hilang kudrat sejak
pulang dari menunaikan haji dimekah..dan pergi menghadapNYA..

Arwah nenek pula pergi setelah 3 tahun pemergian datuk..kata
orang nenek rindukan datuk..kerana tu sejak datuk tiada,nenek
seakan hilang semangat hidup..dan juga atas sebab2 yg tak tertulis
disini(some other time..maybe..).
Setiap kali pusara mereka kuziarahi..kesedihan meronta2..airmata
mengalir laju..tangisan sayu tanpa suara dgn sebab berbagai..
Apatah lagi bila papa berdoa dgn suara sayu,dgn airmatanya yg
mahal untuk dilihat..aku terkaku memegang batu pusara..
...Nek..atuk..nnti kami datang..

Taukah.. Hijab akan terbuka bagi arwah2 dibulan Ramadhan yg
mulia ini bagi membolehkan mereka melihat apa yg diperbuat
olih kita yg ditinggalkan didunia fana..
Apakah kita leka dgn dunia dan melupakan mereka disana...
Apakah ada doa2 kita untuk mereka disepanjang bulan mulai ini..
Apakah kita akan menjadi anak2 soleh dan solehah..

Sesungguhnya doa untuk mereka disana bukan takat dibulan
ramadhan saja tetapi sebaik2nya setiap waktu di setiap selesai
solat....
"Allahummaghfirlana zunubana waliwalidaina warhamhuma
kama rabbayanirsaghira.."sekurang2nya...
Dan sesungguhnya dibulan ramadhan doa2 unt mereka akan
lebih mustajab dan mereka akan tersenyum dgn pakaian baru
untuk kembali menghadapi tuhan setelah dibebaskan dari
seksaan sepanjang bulan ramadhan..

Dan malam terakhir ramadhan..beribadatlah sepanjang malam..
berilah doa sebanyak mungkin untuk arwah2 kesayangan kita
yang akan tertutup kembali hijab mereka..janganlah biarkan
mereka kembali dgn bertelanjang dalam tangisan sayu....
"dimana anak2 ku yg ku sayang..dimana cucu2ku yg ku manjakan..
dimana suami ku..dimana isteri ku.."..alangkah..

Alfatihah....

~Qistina~
...salam ramadhan buat semua...

Tuesday, September 27, 2005

sketsa senja...

...Semalam benar2 buat aku keletihan..tuntutan kerja
membuatkan aku lupa pada sebahagian rutin harian
..tak check email..tak return cal..tak balik lunch(tau mama
risau..)..after 2pm bergegas ke puchong,last2 sampai umah
dah maghrib..tak puas bernafas,terus refresh dan solat.
Turun kedapur,wangian rendang menusuk idung...lapooo...
Tapi mama kata tu rendang unt esuk..ader charity prog
lagi..tapi kali ni aku takboleh join..hectic period..but i kno
mum can handle it..(kesian mama..)

Bibik siapkan air untuk ku..tq bik.. ader nasi impit dan sedikit
rendang juga kuah kacang..ahhh my favorite..makan duluuu!!
"qis,zakry ada cal ker..?"terkedu..terhenti suapan..
Aku memandang mama sekilas..tunduk..
"no...why?" tidak ader debaran didada...
"tadi petang dia datang.." terhenti..
"dia nak apa?" suapan diteruskan..dah tak sedap dah!!
"katanya nak jumpa qis..lewat sangat qis balik"..pulak!!
"mama..kan ker qis kerja..bukan sesajer nak lewat.."
Aku hilang mood nak makan dah..
"mama tau..tapi mama tengok zakry mcm ader benda
penting nak diberitau pada qis.."aku mengeluh..
"mama..tak ada dan takkan ada benda penting ujud
antara qis dgn dia..biarkan ajer laa maa.."aku cuba buat
mama faham..tapi aku tau mama mmg faham..erkss..

Aku tak mau kenang barang yg telah ku sisihkan dari
hidupku biar bagaimana manis pun kenangan yg telah
ditinggalkan..

~Qiss~
..lets bygone be bygone..

Monday, September 26, 2005

G..more,E..less

Remember the five simple rules to be happy:
1. Free your heart from hatred.
2. Free your mind from worries.
3. Live simply.
4. Give more.
5. Expect less.

No one can go back and make a brand new start.
Anyone can start from now and make a brand new ending.

God didn't promise days without pain,
laughter without sorrow, sun without rain,
but He did promise strength for the day,
comfort for the tears, and light for the way.

Disappointments are like road bumps,
they slow you down a bit but you enjoy the smooth road afterwards.
Don't stay on the bumps too long. Move on!

When you feel down because you didn't get what you want,
just sit tight and be happy, because..
God has thought of something better to give you.

When something happens to you..
good or bad, consider what it means.
There's a purpose to life's events,
to teach you how to laugh more or not to cry too hard

~Qiss <<--- banyaknyerr nak kena tau..rehat jap bleh..

adehaiiiii....

~BIAR DENGAR SORANG SORANG, TAKMO DENGAR CRITA ORANG"~

Ni contoh jer...
Seorang doktor pakar sakit jiwa sedang memerhatikan
tabiat aneh salah seorang pesakitnya.
Setiap pagi, si pesakit akan melekapkan telinganya
pada sebuah dinding seperti sedang mendengar sesuatu.
Ini dilakukannya setiap hari dan
diperhatikan oleh doktor berkenaan.

Akhirnya pada suatu hari,
si-doktor terasa ingin mendengar apa yang
didengari oleh si pesakit pada dinding berkenaan.
Dia pun melekapkan telinganya ke dinding...
tetapi tidak dapat mendengar apa-apa.
Dia berpaling kepada si pesakit dan berkata..
"Tak dengar apa-apa pun".
"Memang, dah sebulan dah. Senyap aje..." kata si pesakit.


BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH,BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KERANA KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORG CERDIK YG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORG BODOH YG BANYAK CAKAP.


~Qiss~
Syhhhhh....

Thursday, September 22, 2005

Noktah!!!!

Hari ini..
kemelut ini melanda lagi
aku jemu memikir
aku jemu mengolah
kenapa harus ku panggang hati ku
kesian..rentung sudah!!

Aku jadi maknusia tanpa hati
tapi masih punya jiwa berseni
aku miskin cinta..
tapi aku tidak miskin maruah dan harga diri

kalau aku pergi..bukan kerana rajuk ku
bukan juga kerana ku mau dipujuk
aku cuma ingin bersendiri
mencari damai diri...

Cerita kita..ku noktahkan disini
Biar tanpa pamitan..kepergian ini..
takkan kembali lagi..



~~qiss~~
..akal yang hidup,sentiasa berfikir,
..nafsu yang hidup,sentiasa meransang,
..jiwa yang hidup,sentiasa berzikir,
..badan yang hidup,sentiasa berjuang....


Wednesday, September 21, 2005

melaka punya cerita...

..pulang dari melaka semalam,sekujur badan disinggahi keletihan maha hebat..sampai rumah papa pula minta tulung antar ke kg subang,ke workshop unt ambil volvo yg dah tersadai 2 hari..perintah dituruti..nak pegi jamm dan balik lagi laa jammm..bagai nak giler aku menekan clutch..break.. clutch.. break..adehai.."tu laa ..pasai apa tak pakai auto jer".. huh...apa barang auto..piraaah!!(pantang haku kalau org tanya knapa tak pakai keta auto!!!)

dua hari dimelaka...
lepas lunch kami bertolak kemelaka dalam dua buah unser..terperuk laa haku kat seat belakang(haku tak suker dok blakang!!).dalam hati masih menyumpah..'hampeh..naper laa aku tk boleh bawa keta sendiri..',sejam setengah sampai ke bandar melaka..terus ikut susur pantai klebang terus ke malim..boss n project engineer tak abis2 bercakap pasal project baru tu...bukan main excited..memang laa tempat tu cantik..condo yg akan didirikan tu memang punyai view yg menarik..but it cost..wow..!!
lepas tgk site kami kebandar ..cari tempat makan dan isi perut dulu..pastu terus ke airkeroh..malam nnti ader meeting dgn client..landlord..etc..
aku tanya boss kami nak bermalam dimana..boss kata kat d village airkroh...tapi sesampai disana depa kata resort fully book..pastu ke Mitc...
pun penuh gaks..pusing balik keb bbrapa tempat lagi..penuh!!!pehal laa nii..!
aku dah mula pening..sakit jiwa...pasal apa tak buat tempahan..cik izan yg duduk sebelah ku britau boss kata takpayah book..bukan cuti sekolah..mesti banyak kosong..aduhai...ader ker cenggitu...!!
Lastly..gamble jer..pegi ke puteri resort..belakang mini malaysia..baru sampai ke tempat parking..dah ader dua bas besar menanti..keta dah memenuhi parking..aku berdoa dlm hati..ader laa bilik kalau tak aku paksa derang antar haku ke rumah nenek haku!!! tak kira!!
Agaknyer doa aku dimakbul olihNya..dapat tiga bilik..boss dgn prjct engnr join satu bilik..tecnical staff join 4 org satu billik dan haku...berempat dalam satu bilik 2 single bed!!!adehai... dari takder lansung..takper laa join pun..
Aku bagi laluan depa refresh sementara aku baring kejap unt ilangkan letih..luruskan pinggang.. sampai turn aku.. aku pun terus capai towel untuk mandi dan bersolat..tapi sebaik aku nak putar kepala paip tetiba terus tercabut..aku terjerit..izan dtg mndapatkan aku dan dgn selambanya dia berkata.."cik qiss..alamakk..tadi masa mandi..tetiba paler paip tercabut..lupa nak bagitau.." aku yg dah kuyup hanya terkebil2 memandang depa sumer yg tersengih2..masyaallah...yati betulkan paip seadanya..asal dpt mandi jadilaa..aku dah tak terkata2..
Malam tu kami pergi ke mitc..n for dinner kami singgah ke restoran mamak..(liat jer haku nak masuk..tak sukerrrr...).depa pun meng'order' laa..aku dan yg tiga lagi tu order chicken chop mcm yg tertulis kat menu laa..yg lelainnya makan nasi kandar,tunggu punya tunggu punya tunggu..chikenchop tak mai..yang lelain dah habis pulun habuan memasing..perut haku dah penuh nyedut wmelon juice..melintas jer dak (ntah saper)waiter tu aku pun tanya..
"allooo..tadi saya order c/chop apasal sampai laa ni tak mai.."aku buat muker serious..tapi mamat waiter ni lak tersenyum simpul sambil berkata"adik manis..itu c/chop tak daa laa..tadaa bikin.."
"apasal takdaa bikin..bukan saya sudah order tadi kaa.."..ilang dah sabo aku..
"itu c/chop tadaa laa ini malam.."dia senyum lagi!!!
"habis tu..kalau takdaa apapasal awak tak cakap sama saya!lama saya tunggu tau.."aku geram sesangat..
"hehehe..saya ingat aa awak takmau order lagi..kasi order lain boleh aaa'.."hampeh!!!
"awak tadaa cakap itu c/chop takdaa..itu pasal saya tak order lain!!lain kali kalau tak daa..sini datang cakap laa..awak sana sini pegi apa pasalll!!!" memang haku dah naik seh!!
"okeh,okeh,saya kasi mari lain order..saya kasi cepat..apa mau order?" laaillahaillallah..mengucap aku dalam hati..
akhirnya kami order murtabak jer sorang sekeping..tu pun setengah jam tak mai lagi..saboo jerr aku..
balik dari mitc..aku minta driver singgah ke mcd..aku nak tapau nugget buat alas perut..sudahnyer kami kenduri mcd dlm bilik..adehai...
Keesukannya..aku tak join yg lain unt bfast..aku buat air sndiri dan makan biskut jer..ingatkan bila depa sumer takder dapat laa aku buat personal call..tapi malang lagi nasib aku..dua tiga kali aku cal..takder dijawabnya..
macam nak nangis rasa hati aku..bengang sangat!!sudah2nya aku mati akal sensorang dalam bilik..apalagi...moody lagi laa..
Selesai kerja..kami gerak balik ..gitulaa..amarah masih bersisa dalam jiwa ni..sumbernya berbagai..di ofis..depa tak berani tegur aku sejak aku mula sampai pagi tadi..sampai laa nii..aku tak diganggu dibilik ku..

Moral of the story..ikhlaskan diri dlm pekerjaan..kalau tak..memacam laa yg jadi nnti.. sabar laa hati..

~qiss~
...turn the heartaches of ur life into a motivational force...


tak ingin menangis lagi...

ingin ku damaikan hati
ingin ku semaikan kasih
mungkinkah ini terjadi
cinta murni abadi

tersiksa jiwa nan lara
musnah dek cinta
tak ingin menangis lagi
cukup sudah ku rasai

biarkan ku pergi saja
membawa hati nan lara...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
haruskah kita memahami tanpa difahami?
everything was sort of going wrong..
"WANTED..shoulders to cry on"..oh noooo!!!
i dun need any of shoulders to cry on..
i already got my pillow.."tom n jerry"always there for me!!
owh gosh..

~qiss~
..trying to pactise give n give instead of give n take...

Monday, September 19, 2005

Tinggal kejap ek..

assalamualaikum..
hari ini berkelana lagi ..kena ikut tgk site baru dimelaka(aper ker jadahnyer haku kena pergi pun tak tau..).Kerja sendiri masih banyak yg perlukan perhatian,apa nak buat..ikut jer laa..sat lagi gerak laa ni.. Hati mcm tak ikhlas jer ni,dah tu kena kungsi keta lak tu(..patah kaki laa haku..)

Jumpa lagi kendian nanti..
Sure nak citer memacam2 nih..kalau larat laa..

~~ketengah ketepi kedepan kebelakang,
tengah sakit hati..apa barang!!!

~Qiss~
...Roll out d dice of life,sometimes u win,sometimes u lose...

Friday, September 16, 2005

...tinkin' of u..

...aku tidak mampu berlari seiring
lalu aku menapak perlahan.. sendirian
...aku juga tidak mampu mencapai bintang
namun aku masih merenung kerlipannya..
dan samar cahaya bulan
tempat ku berteduh mencipta bayang
dan samar bayang akan hilang
bila bulan diselaputi awan..
~~
I'm thinking of you
In my sleepless solitude tonite
If its wrong to love you
Then my heart just wont let me be rite...

~qistina~
..livin' in d memory of our song..
(my all)

Wednesday, September 14, 2005

...Aku

jari ku umpama tarian
yang kau tenung dipentas
hati ku umpama
untaian kalung kertas
jiwaku umpama
langkah yang malas
kalau kau sentuh jariku
dengan kaca..pastikan berdarah
jika kau gores hati ku
dengan pisau..pastikan luka
dan...harus kau sadung kakiku..
pastikan aku bisa tersungkur
dan...
inilah aku yang sebenarnya
mudah terasa segalanya
bagai yang kau rasa
Kerna aku juga maknusia
punya hati dan jiwa
tiada beza.......
(tribute to wanB)


~qiss~
...love does not record any wrongdoing...

Semalam yang hilang

Kata orang..semalam biarkan berlalu,semalam adalah sejarah,semalam adalah kenangan..dan hari ini,adalah realiti sedangkan esuk...akan hadirkah esuk untuk kita.Dalam tawa riang ada tangis yang menghiba,dalam kata2 yang terucap ada sendu yang lara........

******
rasa jemu mengurung diri
perjalanan ini..
bagaikan mimpi terganggu
hilang semua warna pelangi
maafkan...
maafkan...
maafkan...



~qiss~
..Its not easy,but there's a reason and there's a meaning..

Tuesday, September 13, 2005

My Baby You..

As i look into your eyes
I see all the reason why
My life's worth a thousand skies

You'r the simples love i've known
And the purest one i'll own
Know you'll never be alone

My baby you
Are the reason i could fly
And because of you
I dont have to wonder why

Baby You
There's no more just gettin' by
You'r the reason i feel so alive

Though this words i'm saying are true
They still fail to capture you
As mere words can only do

How do i explain that smile
And how it turns my world around
Keeping my feet on the ground

My baby you
Are the reason i could fly
And because of you
I dont have to wonder why

Baby you
There's no more just gettin' by
You'r the reason i feel so alive

Oh i will soothe you if you fall
I'll be right there if you call
You're my greatest love of all

You're the reason i could fly
And because of you
I dont have to wonder why

My baby you
There's no more just gettin' by
'Cause you're the reason i feel so alive
Honey,i know i feel so alive


~Qiss~
~here without You...~


  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP